[VIDEO] Bergaduh, Bertengkar & Suasana Tegang Jadi Momen ‘Prank’ Hari Jadi David Teo, Isteri Pula Suap Kek!

Share

Bersempena dengan sambutan hari jadi penerbit, Mejar (K) David Teo, beberapa kakitangan di syarikatnya telah melakukan ‘prank’ kepadanya.

Kisahnya, apabila salah seorang staff memulakan pergaduhan apabila berlakunya salah faham.

Kemudian, David mula campur tangan dalam hal tersebut dan cuba untuk meleraikan masalah itu.

Lalu selang beberapa minit kemudian, pekerja lain mulai muncul dari belakang dan menyanyikan lagu Happy Birthday buat David.

Sementara itu, ekspresi wajah David dilihat sangat terkejut dan ketawa terbahak-bahak apabila ‘lakonan’ staffnya dianggap ‘menjadi’.

Lebih manis, apabila kehadiran isteri, Jane Lim yang sama-sama terlibat dalam ‘prank’ tersebut.

Lalu, kedua mereka saling menyuap kek antara satu sama lain dan disorak kegembiraan oleh staff lain.

 Video : Youtube Channel David Teo

IKLAN