
Tular di media sosial apabila dua remaja bersenjatakan parang telah menyamun seorang wanita di kedai dobi Bandar Puteri Jaya, Alor Setar semalam.
Tidak serik dengan itu, mereka telah melakukan perkara yang sama namun berlainan lokasi iaitu di sebuah kedai runcit 24 jam.
Video berdurasi satu minit itu memaparkan remaja tersebut mengacukan parang ke arah mangsa dan merampas wang di dalam laci yang berisi Rm4,500.
Terdahulu mereka telah menyamun seorang wanita dengan melarikan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang dianggar berjumlah RM14,500.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mama Bangga Dengan Result SPM Warits,” – Datin Anne Ngasri

Pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Abdul Warits Abdul Wafi berjaya meraih keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, yang diumumkan pada Isnin.
Anne atau Nasriah Ngasri, 40, berkongsi perkara tersebut menerusi salah satu habtaran terkininya di Instagram.
Sambil menyatakan rasa gembira, Anne turut menitipkan dedikasi buat anak tersayang.
“Alhamdulillah Syukur padaMu Ya Allah. Mama sangat bangga dengan result SPM Warits.
“Terima kasih kepada semua yang ada saat perjalanan membesarkan Warits terutamanya Papa Sumali, keluarga, guru-guru hebat serta sahabat-sahabat terutama teman-teman Warits yang mendorong kejayaannya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah Anne turut tumlang terharu melihat kejayaan para pelajar lain.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut sama meninggalkan ucapan tahniah buat Warits.
Imbas kembali, Anne memiliki tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Abdul Wafi iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.
Selepas berpisah pada 2010, dia kemudiannya bertemu jodoh buat kali kedua dengan Datuk Sumali yang ketika itu duda anak satu.
Pasangan berkenaan berkahwin pada 22 Disember 2012.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aziz Harun Umum Tarik Diri Dari Big Stage ‘Secara Live’, “Tak Kan Sertai Big Stage Kalau Tahu Akan Keluar.”

Konsert Big Stage 2019 minggu ketiga nyata memberi kejutan buat penonton apabila salah seorang pesertanya, Aziz Harun mengumumkan untuk menarik dari terus bersaing bersama para peserta lain.
Pengumuman yang didedahkan Aziz secara langsung nyata mengejutkan ramai pihak, hingga ada yang membuat pelbagai spekulasi memandangkan persembahan Aziz Harun di Big Stage setakat ini kerap mendapat komen pedas para juri.
Bagaimanapun, ketika ditemui, Aziz sejujurnya sudah berfikir untuk menarik diri dari terus memberi saingan selepas mengadakan perbincangan bersama pihak produksi.
Jelasnya kepada MH, keputusan dibuat kerana dirinya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, 23 September depan.
“Sejak sekian lama memohon sejak awal tahun ini, akhirnya permohonan saya diterima untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Business Economics di Nowrish University of East Anglia, United Kingdom.
“InsyaAllah saya akan berangkat ke London pada pertengahan bulan ini memandangkan kuliah akan bermula 23 September depan,” katanya.
Ditanya sejauh mana kesungguhannya dalam menyertai program realiti Big Stage kerana menarik diri di pertengahan saingan, hingga ada yang mendakwa dirinya seakan-akan memperlekehkan kredibiliti program, Aziz ada jawapannya sendiri.
“Memang sejak awal ketika sertai Big Stage saya mahu buat yang terbaik dan cuba sehabis yang termampu. Malah saya sendiri mahu buktikan kebolehan dalam plaftrom inidan mencuba benda baru.
“Akan tetapi secara tiba-tiba impian lain yang saya cita-citakan turut hadir dan buatkan saya keliru untuk pilih mana satu,” jelas Aziz yang tidak pernah menyangka dia akan menerima tawaran bagi melanjutkan pengajian pada ketika ini.
“Saya dapat tawaran tersebut awal minggu dan apa yang saya perkatakan sejurus membuat persembahan adalah emosi yang mengawal diri pada ketika itu,” jelasnya lagi.
Menjawab kritikan netizen yang menyifatkan penyertaannya hanya ‘buang masa’ kerana bertanding dan kemudian menarik diri, peserta asal Brunei ini menjelaskan, dirinya tidak akan sertai Big Stage andai tahu akan keluar ketika saingan.
“Saya tak akan sertai Big Stage kalau tahu saya akan ‘keluar’. Saya tak akan permainkan reputasi saya yang sudah beberapa minggu berapa di kedudukan tiga tercorot.
“Sebelum ini saya pun tidak tahu akan dapat tawaran kerana permohohan dihantar sejak awal tahun. Bahkan saya pernah juga hantar permohonan, tetap ia ditolak.
“Lalu bila tawaran kembali hadir, tak kan saya ingin tolak. Ibu bapa juga lebih gemar kalau saya sambung pengajian,” kata Aziz menjelaskan situasi.
Terdahulu, peserta ‘budak baru nak up’ (BBNU) dari Indonesia, Dinda Permata yang pada awalnya tersingkir selepas undian juri dan undian atas talian dikira, terselamat.
Dinda yang mempersembahkan lagu Terlalu Memuja nyanyian asal Wany Hasrita kekal dalam saingan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aziz.
Terdahulu, bintang ini ada memuat naik status di Twitter yang seakan membayangkan persembahannya malam tadi di Big Stage adalah yang terakhir buatnya.
Big Stage ditayangkan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Nurhaliza Ulas Insentif RM500 Buat Pelajar Straight A’s SPM 2024, Usaha Sulung Yayasan Nurjiwa Bersama PTTI

Yayasan Nurjiwa buat julung kalinya memperkenalkan insentif wang tunai sebanyak RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Insentif ini diberikan sebagai satu bentuk penghargaan terhadap kecemerlangan akademik yang berjaya dicapai oleh para pelajar terbaik terpilih.
Menariknya, program ini dijalankan dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka, PTTI, melibatkan seramai 401 pelajar, dengan jumlah keseluruhan sumbangan mencecah RM200,500.
Pengasas Yayasan Nurjiwa, yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyatakan usaha ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada para pelajar agar terus berusaha mencapai kejayaan akademik.
“Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan keputusan SPM semua A.
“Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama,” katanya.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Majlis itu dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk pelajar, ibu bapa serta selebriti dan tokoh terkenal tanah air.
Antara yang hadir ialah suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K), selain personaliti popular seperti Asyraf Khalid, MK K-Clique, Iman Troye, Alyssa Dezek, Zaki Yamani, Naim Daniel, dan ramai lagi.
Selain meraikan 401 pelajar Straight A’s, majlis turut menghargai 356 pelajar Nearly All A’s serta 1,685 pelajar yang memperoleh 6A dan ke atas.
PTTI Cipta Sejarah Raih Dua Rekod Malaysia
Pengiktirafan ini diberikan selepas PTTI mencipta pencapaian luar biasa dengan melahirkan 401 pelajar Straight A’sserta merekodkan 18,432 Gred A terkumpul dalam keputusan SPM 2024.
Susulan itu, PTTI turut menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu Most Straight A’s SPM Students in a Tuition dan Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, menyifatkan pencapaian ini sebagai hasil kerja keras seluruh pasukan serta sokongan padu ibu bapa dan pelajar.
“Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah putus asa. Ini adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar,” katanya.
Melihat kejayaan ini sebagai langkah awal, PTTI kini menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar Straight A’s bagi SPM 2025.
Sebagai usaha menyokong pencapaian itu, PTTI akan meneruskan pelbagai inisiatif termasuk kelas dalam talian, konsultasi akademik, serta pemantauan prestasi secara konsisten.
Mereka juga menawarkan sesi konsultasi percuma kepada ibu bapa dan pelajar yang akan menduduki SPM dalam usaha meningkatkan prestasi akademik anak-anak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI