Sebut sahaja fasal Instafamous, pastinya akan dikaitkan dengan selebriti media sosial yang mempunyai ramai pengikut.
Sasha Abdul Aziz misalnya, merupakan salah seorang Instafamous yang sering memuat naik gambar dan videonya di Instagram.
Selain miliki paras menawan, wanita berusia 27 tahun itu memiliki tubuh badan yang langsing, seksi bak model yang pastinya membuatkan ramai terpesona dengan kecantikan fizikalnya itu.
Sebelum tular perihal ‘individu’ yang sering memancing mata netizen menerusi media sosial, pasti akan ada yang masih ingat dengan kelibat lelaki yang sering berpakaian wanita, menghadiri mana-mana majlis hiburan, terutamanya apabila melibatkan penyanyi popular, Ziana Zain.
Masakan tidak, tiba saja penyanyi yang popular dengan lagu Putus Terpaksa itu membuat persembahan, gelagat spontan Nik Aidi pasti jadi tumpuan ramai.
Lalu, jolokan sebagai ‘Ziana Zain Nombor 2’, memang cukup sinonim dengan individu bernama Nik Aidi ini. Jika dahulu perwatakannya sering disalah erti, kini MH difahamkan Nik Aidi kini kembali berubah secara perlahan-lahan kepada fitrah asal.
Malah sebelum ini, MH pernah menyiarkan artikel mengenai lelaki ini yang dikatakan sudah mulai mendekatkan diri denganNya, mengenakan serban dan sebagainya.
MH belanja beberapa keping foto terbarunya yang diambil menerusi Instagram. Moga Nik Aidi kekal istiqomah. Malah rakan artis turut menitipkan doa sama buatnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan sedikit pandangan serong yang dilemparkan terhadap usahawan dan pempengaruh, Diva M apla kisah silam, penampilan serta perjalanan hidupnya kembali diungkit sekaligus menjadi bahan...