[VIDEO] “Aku Sepak Kang,”- Kaka Azraff Dedah Ayat Win Iklan Lagenda Merdeka, Rupa-Rupanya…

Share

Masih ingatkah anda lagi dengan iklan Merdeka 2003 yang berkisarkan tiga orang sahabat baik berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina dan India?

Iklan ‘lagend’ itu pastinya mengimbau detik manis tentang nilai persahabatan.

Namun, mungkin ramai tak tahu rupanya, kanak-kanak lelaki berbangsa Melayu itu merupakan suami kepada penyanyi popular, Kaka Azraff iaitu Adam Azriff.

Perkara itu didedahkan Kaka di Insta Storiesnya.

 “Adam Azriif masa kecil. Naturl talent eh dia.. hehe.. I love this iklan dulu.. Tak tahu pulak jadi jodoh I.. Hahha! Directed by, Arwah yasmin Ahmad. 

Malah, ayat yang digunakan Adam ketika itu, “Aku sepak kang,” sehingga kini masih segar dalam ingatan ramai.

“Aku sepak kang” tu yang buat iklan ni ‘something’. HAHAHA! I’ve been told, takde dlm script pun, dia spontan. Thats my baby, you’re are natura. hihi,” tulis Kaka yang popular dengan lagu bukan Hal Aku.

Nyata, terjawab sudah selama 16 tahun empunya badan kanak-kanak lelaki itu menerusi  iklan tajaan Petronas, kan?

Video: Instagram Kaka, Youtube

IKLAN