Tak tahu nak bagi reaksi apa bila menonton video durasi hampir satu minit yang memaparkan kesedihan Datuk Adlin Shauki di Instagram.

Bagi MH bila melihat kesedihan dan linangan air mata Afdlin memang menyentuh perasaan betul.

Namun semuanya terganggu dihujung video apabila Afdlin mula bersuara!

Mati-matilah MH ingatkan ada sesuatu yang terjadi, rupa-rupanya korang dengarlah sendiri…

IKLAN

Aduh lucu pula bila MH dapat tahu kenapa Afdlin kelihatan risau sangat. Namun melalui video seterusnya Afdlin menjelaskan apa yang terjadi dan dia berkata hanya pencinta kucing sahaja memahami situasi seperti itu.

Walaupun cuba menahan gelak, namun Afdlin mengaku sungguh terkilan dan sebersalah kerana terlepas pandang tentang kesihatan kucingnya itu kerana terlalu sibuk dengan jadual pengambaran.

IKLAN

Menurutnya lagi, dia sangkakan kucingnya itu hanya sakit biasa rupa-rupanya penyakit kucing itu boleh mendatangkan maut.

Bagaimanapun Afdlin memohon maaf kerana menimbulkan kekeliruan pada orang ramai kerana video tersebut.

IKLAN

Hanya pencinta kucing akan faham… #catlover #catperson

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Dalam pada itu, dia turut memberitahu salah seekor kucingnya telah memasuki pertandingan International Cat Show di Putrajaya dan memenangi tempat ke-2.

Apapun tahniah buat Afdlin dan mudah-mudahan kucing yang tidak sihat itu sembuh dan sihat seperti sedia kala.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI