Gara-gara bergaduh sesama sendiri, ketiga-tiga anak pasangan selebriti, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah diberi hukuman unik, iaitu dengan menumbuk dinding. Penyanyi Semakin itu memuat naik video teguran yang dilakukan suaminya itu menerusi Instagram, semalam.

Sarah menerusi ruangan kapsyen memaklumkan, setiap kesalahan yang dilakukan pasti akan ada hukuman, seterusnya diharap mampu memberi pengajaran kepada mereka.

“Bile buat salah pasti ada hukuman .. pengajaran untuk kita semua .. begadoh adik beradik tak guna .. sama macam tumbuk dinding lagi kuat tumbuknya lagi sakit sendiri wallahualam.. moga bermanafaat utk semua,” tulis Sarah.

Ketika dihubungi MH, penyanyi berkenaan mengakui memuat naik video berkenaan sebagai perkongsian dan berharap agar ia dipandang daripada sudut positif.

IKLAN

“Setiap ibu bapa pasti ada cara untuk ajar anak-anak. Malah saya anggap ia sebagai suatu pengajaran, meski hukuman yang diberikan tidaklah seteruk mana. Harap semua boleh lihatnya dari sudut positif. 

 

“Geram juga kita mereka bergaduh, buat bising dalam hotel. Jadi bapanya ambil penyelesaian untuk hukum mereka. Adik beradik biasalah kan, kalau tak gaduh manja tak sah,” katanya kepada MH.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 700,000 kali dengan rata-ratanya menyambut baik cara mereka di dalam mendidik anak-anak.

IKLAN

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI