Ahli kumpulan BTS, Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai V, sekali lagi membuktikan pengaruh globalnya apabila dinobatkan sebagai Most Handsome Man in the World untuk tahun 2025 oleh sebuah media berpengkalan di United Kingdom, Nubia Magazine.
Menurut laporan, V menerima lebih daripada 10.7 juta undian daripada peminat di 163 buah negara, satu angka yang membuktikan betapa kuatnya sokongan dan populariti bintang K-pop itu di seluruh dunia.
Menariknya, pengiktirafan ini bukan sekadar bersandarkan pada rupa paras semata-mata. Nubia Magazine menegaskan bahawa pemilihan V turut dipengaruhi oleh karismanya, pengaruh antarabangsa serta pelbagai sisi kreatif yang ditampilkan penyanyi berusia 29 tahun itu.
Ads
V sememangnya sinonim dengan gaya tersendiri, personaliti memikat serta kemampuan untuk mencipta fenomena setiap kali tampil di khalayak. Sama ada menerusi aktiviti solo, mahupun bersama BTS, beliau sentiasa menjadi tumpuan media global dan penggemar muzik.
Ads
Gelaran ini menambah lagi deretan pencapaian individu V yang sering diiktiraf dalam pelbagai senarai “lelaki paling tampan” dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kemenangan ini dianggap sebagai bukti bahawa aura Kim Taehyung bukan hanya berada di pentas muzik, tetapi turut mendominasi dunia fesyen dan budaya pop antarabangsa.
Ads
Selain V, selebriti lelaki lain yang berada dalam senarai top 10 seperti Cristiano Ronaldo, Justin Bieber, Aaron Pierr, Xiao Zhan, Hrithik Roshan dan Ranveer Singh.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan Asia dikejutkan dengan berita kematian pelakon dan penyanyi popular China, Yu Menglong yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Daerah Chaoyang, Beijing pada 11 September lalu.
Studio yang menguruskan kerjaya seni aktor berusia 37 tahun itu dalam kenyataannya mengesahkan pemergian mengejut tersebut dan memaklumkan pihak polis telah menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.
Menurut laporan media tempatan, Yu Menglong pada malam sebelum kejadian difahamkan bersama beberapa rakan di kediamannya sebelum masuk ke dalam bilik sekitar jam 2 pagi dan mengunci pintu.
Sekitar jam 6 pagi, rakan-rakannya menyedari beliau tidak berada di dalam bilik sebelum tubuhnya ditemui di luar bangunan oleh seorang penduduk.
Perkara itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat serta netizen, meskipun kenyataan rasmi pihak polis menegaskan tiada unsur jenayah terlibat.
Berita kematian bintang drama Go Princess Go, Eternal Love dan The Legend of White Snake itu segera tular di media sosial, dengan ribuan peminat meluahkan rasa sedih.
Yu Menglong atau turut dikenali sebagai Alan Yu dilahirkan pada 15 Jun 1988 di Ürümqi, Xinjiang. Beliau mula dikenali menerusi beberapa program realiti nyanyian
Beliau kemudiannya mengukuhkan nama sebagai pelakon utama dalam drama bersiri popular di China. Kariernya juga merentasi bidang muzik apabila turut aktif sebagai penyanyi dan pengarah video muzik.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah, Dr. Ahmad Idham menafikan adegan di tub mandi yang dilakonkan pelakon Sophia Albarakbah dalam filem seram terbaharu, Tembuni Berdarah sengaja dibuat sebagai pelaris demi menarik perhatian penonton ke pawagam.
Menurut Ahmad Idham, babak tersebut adalah sebahagian daripada jalan cerita yang bertujuan menambah elemen seram.
“Saya buat babak di tub mandi itu untuk menunjukkan kesan khas daripada dalam air. Pada awalnya, saya rancang untuk buat di kolam renang tapi bila difikirkan semula, macam pula nak buat kesan darah dan buih-buih itu.
“Saya tanya kepada Sophia, dia berani ke? Dia kata okay sahaja. Kalau betul saya buat babak itu untuk tarik penonton, saya dah letak potongan itu dalam trailer,” katanya kepada MH.
Ahmad Idham berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Tembuni Berdarah, baru-baru ini.
Pada masa sama, beliau akui terkilan apabila usaha menaikkan standard filem tempatan sering kali berdepan halangan daripada segelintir pihak.
“Pada saya, babak itu tidak berlebihan. Lagipun, Sophia mengenakan bodysuit. Tak kisahlah siapa nak kecam pun. Yang penting penonton masuk panggung.
“Sebagai pengkarya, bila kita berusaha untuk ke satu tahap yang baharu, akan ada orang yang tarik semula kita ke bawah. Bila masa kita nak maju?
“Semua orang nak kita maju ke hadapan. Bila kita bawa sesuatu di luar norma, kita ditarik semula. Jadi, bila nak naiknya?” ujarnya.
Ahmad Idham turut meluahkan kebingungannya dengan sikap sesetengah penonton yang mahu peningkatan karya tempatan, tetapi pada masa sama enggan menerima perubahan.
“Dalam dunia perfileman ini, ada banyak perkara yang boleh kita teroka lagi. Namun, kalau kita asyik fikirkan apa kata netizen, kita akan selamanya berada di takuk yang lama.
“Bila kita buat karya yang di bawah par, nanti orang persoalkan adakah kemampuan kita setakat itu sahaja? Ada kalanya saya jadi bingung.
“Bila kita buat sesuatu yang lain, mereka tetap persoalkan perlu ke babak seperti ini? Hal ini biasa sangat berlaku kepada pengkarya seperti kami,” katanya lagi.
Bagaimanapun, beliau tetap menerima kritikan dengan hati terbuka.
“Bukan nak kata saya tak peduli apa kata netizen. Komen yang positif, saya akan tetap terima. Yang negatif pula, saya akan menilai dahulu.
“Saya kena nilai sama ada komen negatif itu datang dengan keikhlasan untuk membantu memajukan karya saya atau niat mereka memang nak menjatuhkan orang.
“Manusia ini rambut sama hitam tapi hati lain-lain,” akhirinya.
Filem Tembuni Berdarah bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 25 September ini.
Selain Sophia, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Niezam Zaidi, Khatijah Tan, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi dan Mia Nasir.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap program realiti Kilauan Emas 2025 (KE2025), Ning Baizura menyifatkan kualiti persembahan para peserta minggu ini semakin mantap dan memperlihatkan kesungguhan yang tinggi demi menambat hati juri.
Meskipun turut merasai kehilangan selepas Nurul Azwa Md Shari atau Nurul diumumkan sebagai peserta tersingkir, Ning bagaimanapun menegaskan aspek simpati tidak boleh dijadikan faktor dalam menilai prestasi peserta.
“Kita sudah memasuki saingan minggu keempat dan kami di pihak juri merasakan ada pesembahan peserta lain malam tadi yang lebih ‘onz’. Mereka sudah mencuba dengan sehabis baik.
“Kita tidak boleh mengambil (menilai) dari sisi simpati sebab kadang-kadang kalau kita nak mengasihani… bukan lagi. Ini pertandingan dan sudah menjadi adat akan ada peserta yang kurang bernasib baik.
“Apa pun, saya tumpang sedih bila ada peserta yang terpaksa pergi. Pada saya, Nurul berlapang dada dengan penyingkiran yang diumumkan.
“Ketika bersalam dengan kami, dia positif dan mengucapkan terima kasih kerana dia percaya rezeki, setakat ini sahaja perjalanannya di Kilauan Emas 2025. Kami juga turut berikan semangat untuk dia teruskan apa yang diminatinya.
“Manakala untuk Ezan dan Shah yang turut berada di kedudukan ‘bottom 3’ malam tadi, mereka dah tak boleh nak main-main. Semoga mereka dapat berikan yang terbaik untuk minggu hadapan,” katanya.
Ning turut menambah, ada peserta yang kini menunjukkan peningkatan ketara dalam usaha mempamerkan bakat mereka di atas pentas.
“Sudah minggu keempat persaingan dan kita boleh melihat ada sesetengah daripada mereka yang mulai lebih serius. Mula menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.
“Kita boleh nampak ada di antara mereka juga yang bersemangat untuk kembali mempamerkan bakat yang ada di atas pentas. Ada peserta yang tak sambil lewa, itu yang membuatkan saya rasa bangga.
“Tapi saya percaya penyokong yang hadir juga memberikan semangat kepada peserta bertanding untuk beri mereka semangat.
“Malah pemilihan lagu juga menjadi antara faktor persembahan secara keseluruhan.
“Tapi minggu ini saya puji dengan penampilan dan gaya masing-masing. Persalinan yang dikenakan tepat dengan konsep lagu. Saya melihatnya dari keseluruhan persembahan,” katanya lagi.
Malam tadi, Nurul, 46, yang menyampaikan lagu Ayam Den Lapeh nyanyian asal Anita Sarawak, terpaksa akur untuk meninggalkan saingan minggu hadapan apabila meraih markah terendah dengan 59.04%.
Sementara itu, kedudukan pertama menjadi milik Mazleen dengan 79.07% diikuti Zanie 78.45% dan Kinar sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Emas Berkilau Of The Week.
Berikut ialah senarai penuh markah peserta minggu keempat saingan;
1. Mazleen – 79.07%
2. Zanie – 78.45%
3. Nawary – 77.61%
4. Majid – 72.71%
5. Zekrai – 68.94%
6. Kinar – 68.67%
7. Leeza – 66.06%
8. Ezan – 63.24%
9. Shah – 59.39%
10. Nurul – 59.04%
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105) atau strim menerusi Astro One dan sooka.
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan selama lapan minggu, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan diari.
Barisan juri pula terdiri daripada primadona Erra Fazira, Roy Azman serta juri baharu, Ning Baizura, manakala Zarul Husin bertindak sebagai hos Spotlight yang bersiaran selepas konsert pada jam 11.30 malam di Astro Prima.
KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!