Bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengakui keputusannya untuk mengahwini Watie Hanifiah, 35, adalah untuk kebaikan keempat-empat anaknya.
Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 39, dia lebih memilih perkara yang mampu membahagiakan anak-anaknya buat masa ini.
Dengan kemampuan dimiliki, Shuib berharap perkahwinan tersebut akan berjalan lancar dan mengikut seperti yang telah direncanakan.
“Perkahwinan ini berbalik kepada niat. Saya niat untuk anak-anak dan keluarga saya sebab untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa bukanlah mudah.
“Saya tahu tugas sebagai seorang bapa ini berat dan anak-anak saya masih kecil. Perkara ini tidak mudah bagi saya. Saya memilih untuk anak, kalau saya pilih diri sendiri, saya akan (terus) membujang.
“Saya ada tanggungjawab yang besar sebab arwah (Siti Sarah Raisudin) mahu saya membesarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik. Saya perlukan seseorang untuk ada bersama-sama saya,” katanya kepada MH.
Shuib ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Indigital Music dan FYP Media, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar pada Selasa.
Ads
Dalam masa sama, Shuib menjelaskan, dia sudah memikirkan segala kemungkinan termasuk memahamkan anak-anaknya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Watie.
“Walaupun anak-anak saya masih kecil, tapi mereka cepat dewasa. Setiap perkara yang saya mahu lakukan saya akan berbincang dengan keluarga dan anak-anak juga. Setiap keputusan, saya akan tanya mereka.
“Sudah pasti saya ada fahamkan anak-anak dan perkara ini adalah proses. Pertama kali saya ada berkawan dengan seseorang, saya beritahu mereka. Proses itu lama sampailah saya berani cakap yang saya mahu berkahwin.
“Disebabkan itu saya cakap perbincangan itu ada. Setiap kali ada perkara penting saya akan beritahu mereka. Walaupun saya tidak tahu sedalam mana mereka faham, saya tetap akan beritahu,” katanya.
Ads
Shuib berkata, dia tetap perlu mendapatkan persetujuan daripada semua anaknya sebelum benar-benar tekad untuk berkahwin lagi.
“Alhamdulillah segala perkara negatif dan positif saya fikirkan sampailah keempat-empatnya positif.
“Seingat saya anak terakhir yang diberitahu adalah Uwais sebab dia sudah berusia 12 tahun dan makin dewasa.
Uwais anak terakhir saya tunggu untuk dia persetujuan. Sampailah dia bersetuju barulah saya kata ini adalah masanya,” katanya.
Ads
Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki mengenai hubungannya dengan Watie apabila mendedahkan mereka memilih 23 Jun depan untuk bernikah.
Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman keluarga Watie di Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.
Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini satu trend di laman sosial Twitter yang mana kebanyakan individu berusia 30 tahun ke atas berkongsi atau ‘flex’ gambar terbaharu mereka dengan menyatakan usia sebenar masing-masing.
Salah seorang yang tidak ketinggalan menyertai sama ‘hype’ tersebut ialah pelakon Datin Sofia Jane yang kini meniti usia 51 tahun.
Pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu turut memuat naik foto terbaharunya selain berbangga dengan proses penuaan (aging) yang pastinya akan berlaku kepada setiap individu apabila usia semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Meninjau di ruangan komen balas, ramai peminat tidak menyangka aktres itu kini sudah mencecah usia 51 tahun kerana wajahnya yang kelihatan awet muda.
“How do you not even aging?” tanya seorang netizen sebelum dijawab Sofia, “Ageing happily” (menikmati hari hari tua dengan gembira).
Sofia turut berpesan kepada peminatnya yang kehidupan ini adalah singkat, jadi gunakan masa yang ada dengan menikmati proses kehidupan dengan ceria dan sebaiknya.
Untuk rekod, Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada9 September 1995.
Hasil perkahwinan, Sofia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arissa, Khadijah dan Soraya.
Antara filem hebat lakonan Sofia yang sehingga kini masih menjadi sebutan ramai ialah seperti Perempuan, Isteri dan…, Sayang Salmah dan Kekasih Awal Dan Akhir yang kesemuanya diterbitkan pada awal tahun 90-an.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, nama pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian ramai selepas dia dilihat hadir ke majlis tayangan perdana filem, Polis Evo 3 bersama wanita yang yang dikenali sebagai Amelia Christie Lim.
Malah, Amelia turut dilihat merangkul tangan Sharnaaz Ahmad ketika berjalan di acara karpet merah.
Kedua-dua mereka tampil sedondon dengan mengenakan suit berwarna hitam.
Sementara itu, Amelia turut memuat naik sebuah video bersama Sharnaaz di akaun Tik Tok seterusnya menarik perhatian warga maya.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut berseloroh menitipkan pesan buat Amelia agar menjaga Sharnaaz dengan baik selepas ini.
“Hello mummy. Jaga mamu baik-baik ye.
“Bagai pinang di belah dua. Sama cantik, sama handsome.
“Hat ni approved. Helok naa. Cepat kami nak makan nasi minyak.
“Sesuai dengan mamu. Pakej cantik semua lengkap.
“Kalau yang ini, restu sebab cantik sangat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, menerusi filem Polis Evo 3, Sharnaaz membawakan watak sebagai antagonis utama bernama Reza.
Selain Sharnaaz, filem arahan Syafiq Yusof ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Syafiq Kyle.
Sekadar informasi, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017, tetapi bercerai pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jaydan yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Amelia Christie, Instagram Sharnaaz Ahmad, Astro Gempak & Amelia Christie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan dakwaan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sudah melafazkan talak terhadap Puteri Sarah Liyana sebanyak dua kali, peguam syarie mewakili aktres itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir belum menerima makluman mengenai dakwaan tersebut.
Kata Akberdin yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada pagi Isnin, pihaknya belum mendapat arahan daripada anak guamnya berikutan dakwaan tersebut.
“Setakat ini tiada arahan daripada anak guam kami berkenaan perkara ini. Perkara ini juga tiba-tiba timbul dan kami juga tidak dapat mengesahkan kesahihan perkara itu.
“Apabila ada arahan daripada anak guam kami, barulah kami boleh menjawab. Kalau wujudnya perkara itu, ia patut dibawa ke perhatian mahkamah dan perlu tindakan dari mahkamah, tak boleh main mengenai nikah dan cerai ini.
“Kalau ada lafaz itu, kena ikut prosedur dan bawa ke mahkamah. Saya pun baca mengenai perkara ini di media sosial. Sememangnya setakat ini tiada arahan daripada anak guam kami,” katanya kepada MH.
Sementara itu, berikutan dakwaan pihak Syamsul memfailkan perintah injuksi terhadap Puteri Sarah untuk menghalangnya memberikan sebarang kenyataan di luar mahkamah, Akberdin berkata pihaknya juga belum menerima dokumen berkenaan perkara itu.
“Kami kena semak balik, kalau ada, kami akan dapat dokumen namun setakat ini belum menerima sebarang dokumen berkenaan perkara itu,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Puteri Sarah mendakwa pernah diceraikan dua kali oleh Syamsul.
Menurut laporan itu, ada sumber mengatakan kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah masih berjalan di Mahkamah Syariah di sini dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan isteri pertamanya pada 18 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...