Penyanyi Sufian Suhaimi memohon semua pihak agar kisah putus tunang dengan pelakon Elfira Loy tidak lagi dipanjang-panjangkan. Katanya, semuanya sudah diselesaikan mengikut adat dan dia meminta agar semua menghormati permintaannya itu.

“Kalau boleh saya tak mahu panjangkan lagi cerita (isu putus tunang). Yang selesai biarlah selesai dan saya harap semua pihak dapat menghormati perminataan saya supaya tidak bertanya lagi. Perkara itu sudah selesai mengikut adat.

 

“Sebelum ini, saya cuma jawab dengan jujur. Bukan saya mahu bercerita tetap apabila orang bertanya, saya cuba menjawab dengan baik, menghormati kedua dua belah pihak.

 

“The best way is stop asking,” katanya ketika ditemui MH di majlis pengenalan sebuah program pertandingan terbaru anjuran stesen radio Era, Cover Star Era di Red Box, The Gardens.

Ditanya sama ada dia mengalami trauma atas apa yang berlaku, penyanyi Terasa Ada ini bagaimanapun bersyukur kerana sering mendapat sokongan dan kata semangat daripada orang sekeliling.

“Saya bertuah kerana dikelilingi orang mereka yang positif, misalnya keluarga, rakan, pihak media dan peminat yang tak henti-henti berikan kata-kata semangat dan dorongan untuk saya menjadi lebih tenang, dan senang untuk berjumpa dengan ramai orang. Sekali gus, dapat teruskan kerja seperti biasa,” jelasnya.

Enggan memikirkan soal cinta pada tahun ini, Sufian juga sebaliknya mahu fokus dengan komitmen kerjaya lantaran dia menyifatkan tahun 2018 merupakan tahun sibuk buat penyanyi muda ini.

IKLAN

Usah Dipanjang-panjangkan Lagi. The Best Way is Stop Asking, Pohon Sufian Suhami

IKLAN

“Banyak benda yang saya mahu buat untuk tahun ini, boleh dikatakan tahun sibuk untuk saya. Cinta bukan salah satu daripadanya. Apa pun, itu bukanlah alasan untuk saya tutup hati pada sesiapa,” kongsi Sufian yang turut menafikan, dia menggunakan kisah putus tunangnya untuk meraih rating bagi mempromosikan single terbarunya, Di Matamu.

 

“Sebenarnya, lagu tersebut telah mula dicipta semenjak tahun lalu. Secara tidak langsung, lagu itu kena dengan situasi yang dihadapi saya sekarang.

 

“Lagu itu bukan untuk meraih publisiti daripada cerita putus tunang yang saya hadapi. Semuanya berlaku secara tidak sengaja,” jelasnya.

Meski belum lagi dilancarkan secara rasmi, single Di Matamu dalam versi ‘raw’ lagu telah ditonton hampir 7 juta tontonan di YouTube!

IKLAN

Apa pun, MH mendoakan semoga Sufian tabah, profesional dan terus berkarya dalam menghasilkan naskhah muzik yang hebat selepas ini.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155486881413435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI