“Urusan Ijab & Qabul Akan Dilaksanakan Pada 12/3/21,” – Sah! Isa Khan Akhirnya Umum Tarikh Nikah Risteena, Ada Buat Lagu Buat Tunang Tersayang

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Isa Khan dan Nur Risteena yang akhirnya sepakat memilih tarikh 12 Mac depan untuk dijab kabulkan sebagai suami isteri.

Keduanya sebelum ini pernah menunda tarikh pernikahan yang sepatutnya berlangsung November tahun lalu atas kekangan pandemik Covid-19.

Sambil mengumumkan tarikh majlis raja sehari, Isa Khan menerusi Instagram turut cipta lagi khas buat tunangannya itu yang berjudul Karunia Terhebat.

“Kami ingin memohon doa kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali kami mendoakan semuanya dipermudahkan, sampai ke hari bahagia tersebut,” kata Isa menerusi video yang rakam ketika melakukan pengambaran lagu istimewanya itu.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, pelakon berusia 28 tahun itu mendoakan agar urusan hari bahagia mereka berjalan lancar.

“Assalamualaikum Wbt. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon doa dari semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri ini agar segala urusan Ijab & Qabul kami yang akan di laksanakan pada 12/3/21 nanti di permudahkan.

“Juga akan saya abadikan cerita cinta kami di dalam sebuah karya yang saya ciptakan sendiri untuk si dia @nur_risteena yang berjudul “Karunia Terhebat” the greatest gift. Semoga semua urusan kami berjalan dengan baik atas kehendakNya. Amin Yra.

Posting sama turut dikongsikan kakak kepada pelakon, Ruhainies itu menerusi platform sama.

Pastinya, ia menjadi satu berita gembira buat para peminat serta rakan selebriti yang turut merakamkan rasa syukur dengan menitipkan ucapan tahniah ada pengumuman yang dibuat.

Sama cantik sama padan, Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Foto: Instagram Isa Khan, Risteena

IKLAN