
Wow…update terkini yang kami perolehi berkenaan isu ‘rayuan’ pelakon, Syafiq Kyle terhadap individu menggunakan akaun Instagram (IG) @faizikhairudin yang mungkin berkaitan penyebaran video kontroversi melibatkan pelakon terbabit baru-baru ini seperti palsu.
Pendedahan berkenaan adalah menerusi hasil penelitian peminat pelakon drama Nur itu terhadap timbulnya keraguan keaslian foto yang dimuat naik.
Sekali gus, membuatkan mereka berpendapat bahawa foto tersebut sebenarnya adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggjungjawab.
Malah menerusi beberapa keping gambar yang didedahkan juga, memang jelas kelihatan seperti wujudnya kesan suntingan.
Berikut merupakan beberapa bukti yang menyatakan ia berkemungkinan melaui proses suntingan.
Sebelum ini, pemilik akaun berkenaan difahamkan telah memuat naik kandungan direct massage (DM) kononnya daripada Syafiq dengan kapsyen: “Kenyang, #willexplainlater” di IG.
Bagaimanapun, posting tersebut telah pun dipadam.
Aduhai, macam-macam pula yang berlaku hingga menjadikan isu hangat ini kian rumit.
Apa pun, usah-usahlah menyebarkan fitnah hingga boleh menjatuhkan air muka orang, tambahan lagi di bulan penuh kemuliaan ini. Lebih baik buat benda yang berfaedah. Tak gitu sis??
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nantikan Artis Yang Anda Puja Capai Usia Seperti Kami, Mampukah…” – Ayai Illusi

Penyanyi senior, Ayai Illusi enggan terasa hati dengan sikap segelintir peminat muzik masa kini yang sering memandang rendah dan mempertikaikan kredibiliti penyanyi-penyanyi yang sudah berusia.
Menurut Ayai atau nama sebenarnya
Zaharuddin Kamaruddin, peminat-peminat daripada golongan muda ini kurang didedahkan dengan pencapaian yang pernah diraih artis-artis senior satu ketika dahulu.
“Nak salahkan mereka pun tak boleh juga. Mereka tidak tahu dah tidak mengikuti pencapaian kami satu ketika dahulu.
“Mungkin mereka hanya tengok keadaan kami yang sekarang. Kemudian, bandingkan dengan penyanyi BBNU kesukaan mereka.
“Mereka tak tahu mengenai pengorbanan kami satu ketika dahulu. Pelbagai kesusahan yang kami lalui untuk bergelar artis yang disegani dan disayangi,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi lagu Puisi Cinta ini turut memaklumkan artis-artis di era 70-an dan 80-an ini harus melalui pelbagai cabaran di zaman yang serba kekurangan.
“Zaman kami dahulu, tiada teknologi yang canggih-canggih. Kami bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Senang kami pun tak sesenang artis sekarang.
“Buat konten di media sosial pun dapat duit. Zaman dahulu, walaupun kami berduit, nak beli telefon bimbit pun tak mampu. Kami buat persembahan pun pernah kena tipu.
“Tak macam artis sekarang. Nyanyi beberapa buah lagu, dapat berpuluh-puluh ribu. Kami dapat RM300 pun ambil juga.
“Zaman dahulu, nak berguru pun susah. Kita belajar melalui kawan-kawan. Bahasa mereka pula kasar. Kalau lambat tangkap memang kena maki,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ayai turut mengingatkan orang ramai untuk tidak terlalu taksub dengan artis pujaan mereka sehingga sanggup merendah-rendahkan orang lain.
“Buat netizen yang mencemuh artis-artis senior seperti kami, nantikanlah artis-artis yang anda puja mencapai usia seperti kami nanti. Adakah mereka dapat mencapai populariti sehingga usia seperti saya sekarang.
“Saya bersyukur dengan rezeki saya. Apa yang netizen nak cakap, itu hak mereka tapi fikir-fikirkanlah.
“Kalau kita minat pun, jangan terlalu taksub. Jangan cemuh orang lain. Kalau tak minat, diam sahaja. Saya kesian bila melihat artis lain dicemuh.
“Jangan kerana taksub, anda sebarkan kebencian di media sosial. Itu perbuatan yang tidak baik,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“MasyaAllah, Sungguh Sweet Ustaz Angkat Kaum Wanita,” – Nasihat Ebit Lew Buat Uqasha Senrose Mengalir Air Mata

Usahawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menitipkan nasihat istimewa selepas menghadiri jemputan ke majlis kesyukuran dan sambutan hari lahir pelakon, Uqasha Senrose.
Dalam hantarannya itu, Ustaz Ebit mengingatkan para suami untuk sentiasa mengangkat darjat seorang isteri dan tidak menzalimi mereka.
Katanya lagi, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhitung sekiranya kita berusaha untuk membahagiakan pasangan.
“Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti. Amin. Pemberian paling utama bagi seorang suami ialah isterinya. Kewajipannya. Tanggungjawabnya.
“Ramai orang terlupa memberi nafkah pada isteri. Beri sedekah pada haiwan terbiar sahaja menjadi sebab di masukkan syurga. Bayangkan nilai beri makan pada orang miskin dan anak yatim. Betapa besarlah pula nilai amalan memberi nafkah paling utama pada isteri.
“Nilai amalan wajib dan sunat tak sama. Kerana itu membahagiakannya, menggembirakannya membuat kita lebih bahagia gembira. Lebih berkat. Lebih melimpah ruah rezeki dan nikmat. Redha Allah segalanya,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menyeru kepada para suami untuk sentiasa menjadi pembimbing isteri menuju syurga Allah.
“Bayangkan apalah hadiah Allah pada kita nanti. Saat kita diuji dialah peneman setia. Saat kita sakit dialah yang menjaga kita. Paling mengenal dan memahami kita sentiasa. Isteri anugerah Allah. Orang tanya saya apa buat terus kuat melalui semua ini. Anugerah Allah memiliki bidadari.
“Kerana itu Saidina Ali ra pernah kata maksud doa ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat. Apakah kebaikan dunia ini? Jawabnya beliau wanita solehah. Mendapat itu dapatlah segalanya nikmat dunia ini.
“Kerana itu tugas kita suami menyayangi dan membimbing isteri kita cinta dan mengenal Allah. Wanita ini lembut dan mudah dibimbing jika kita menawan hatinya.
“Saat kita mendapat hatinya mudahlah kita melenturnya dengan izin Allah. Alang-alang bercinta biarlah sampai syurga. Amin,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut nyata menyentuh hati banyak pihak termasuklah Uqasha sendiri.
Jelas isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu, dia sememangnya amat mengagumi keperibadian Ustaz Ebit lebih-lebih lagi dalam aspek menghargai wanita.
“Masyallah sungguh sweet how ustaz @ebitlew mengangkat kaum wanita. Tersentuh saya baca dan mengalir air mata sebak. Sama-sama kita jadikan panduan buat suami isteri,” tulisnya di laman Instagram.
Terdahulu, hari lahir Uqasha jatuh pada tanggal 6 Julai lalu.
Untuk rekod Uqasha dan Kamal telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 5 November 2021 di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose & Ustaz Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Sentiasa Ada Dengan Awak Sayang,” – Tarik Diri Dari Komitmen ABP Tahun Ini, Zizi Kirana Masuk Hospital

Penyanyi, Zizi Kirana kini dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Zizi dilihat terbaring di atas katil yang ditolak oleh beberapa orang petugas hospital.
Malah, suaminya yang juga merupakan pelakon, Yusuf Baharin turut menitipkan doa semoga Zizi sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.
“Allah sentiasa ada dengan awak sayang,” pintanya.
Terbaru, pengurus peribadi kepada Zizi, Farahrizan Razak mengesahkan perkara tersebut dah berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga Zizi segera sembuh seperti sedia kala.
Pada masa sama, Farah juga membuat permohonan maaf kerana Zizi tidak dapat menjawab mana-mana panggilan daripada pihak media buat masa ini.
“Bismillahirrahmanirrahim, harap jasa baik semua yang membaca ini untuk mendoakan Zizi Kirana diberikan kesembuhan sepenuhnya.
“Terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mesej, call dan mendoakan Zizi Kirana sehingga ke hari ini.
“Buat masa ini maaf sangat-sangat sebab tak dapat penuhi interview daripada mana-mana pihak,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Farah menerusi Instagram Stories miliknya.
Dalam pada itu, Farah turut mengumumkam Zizi turut menarik diri daripada komitmennya bersama program anugerah hiburan, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-34 malam ini.
“Juga berat hati terpaksa menarik diri komitmen bersama #ABPBH34 yang bakal berlangsung malam ini.
“Saya mewakili Zizi Kirana mendoakan semoga segala perancangan malam ini berjalan dengan lancar ya.
“InsyaAllah jika ada perkembangan lain, saya akan maklumkan di sini,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Farah yang mewakili pihak Zizi berharap agar program tersebut dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
Apapun, kami di MH mendoakan semoga Zizi lekas sembuh dan dipermudahkan segala urusannya.
Sumber: Instagram Zizi Kirana, Yusuf Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI