Tidak dinafikan, kepelbagaian watak yang dibawa mana-mana pelakon menjadi penanda aras buat selebriti itu untuk menilai sejauh mana kebolehannya di dalam menjiwai pelbagai watak.

Tidak hanya statik dengan sesebuah watak klise semata-mata, variasi peranan yang didukung menerusi sesebuah drama atau filem pastinya menjadi profil seni yang menguji kebolehan di dalam menjiwai kerjaya lakonan.

Itulah prinsip yang dipegang aktor muda, Redza Rosli yang mengakui, kepercayaan pengarah dalam memberikan peranan berbeza terhadap seseorang pelakon itu menjadi ujian untuk memberikan yang terbaik lakonan.

“Alhamdulillah, sepanjang lbergelar pelakon, saya sudah diberikan macam-macam watak, daripada serius, komedi dan sebagainya. Cuma itulah, kadang-kadang ada peminat yang sudah selesa bila tengok kita berlakon sebagai lelaki ‘jiwang’ dengan kisah cinta. Jadi sebagai pelakon, saya tidak mampu untuk tolak watak sedemikian sekiranya naskhah itu adalah suatu karya yang baik.

 

“Malah seandainya watak yang diterima berbeza daripada sebelumnya, saya cuba menggalas tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya. Sebagai pelakon pun ada masanya kita juga perlu cabar diri sendiri,” katanya jujur.

Terdahulu, pelakon Seindah Takdir Cinta dan Kukirim Cinta ini ditemui Media Hiburan di majlis pelancaran portal dan aplikasi penstriman video, tonton di Brunei Darussalam baru-baru ini. Kerjasama tersebut turut melibatkan syarikat telco terkemuka di sana, DST.

Ads

Bercakap mengenai penglibatannya bersama tonton, Redza yang merupakan wajah portal tersebut bersama Ayda Jebat berkata, kemunculannya di negara itu merupakan satu platform terbaik buatnya untuk beramah mesra dengan peminat di Brunei.

“Syukur, sambutan yang diterima peminat Brunei begitu baik, malah saya tidak sangka rupanya ramai yang memberikan sokongan terhadap penggiat seni dari Malaysia. Terima kasih atas sokongan yang diberikan dan sebagai pelakon, tentunya saya anggap kerjasama tonton dan DST ini menjadi satu penanda aras dalam perkembangan portal dan digital  seni bagi kedua-dua buah negara.

 

“Mereka bukan hanya dapat tonton drama atau program lain melibatkan saya atau Ayda tetapi juga para pelakon lainnya,” jelas Redza optimis.

Berkongsi mengenai sejauhmana kepentingan platform digital ini terhadap pekembangan seni selebriti, bintang asal Subang Jaya, Selangor ini sejujurnya tidak mahu menjadikan kekerapan memuat naik sesebuah gambar misalnya di Instagram sebagai suatu keperluan.

Ads

Bagi Redza, dia hanya akan memuatnaik gambar di aplikasi itu apabila dirasakan perlu, contohnya untuk berkongsi updates mengenai dirinya kepada peminat.

“Saya bukanlah seorang yang gemar muatnaik gambar di Instagram (Ig). Kalau rasa perlu, baru saya update. Akan tetapi, ia bukanlah sebagai satu rutin. Apa pun, saya percaya sebagai selebriti, kita pun kena kongsi apa yang dilakukan untuk followers. Sebab mereka pun mahu tahu juga apa yang kita buat. Bagaimana pun, kalau rasa perlu update, saya akan update,” terang Redza.

Justeru kata Redza, soal muat naik gambar di media sosial itu juga terpulang kepada diri masing-masing. Dia percaya, setiap selebriti itu punya cara tersendiri untuk berinteraksi dengan peminat.

Ads

“Cuma kalau saya, tidaklah setiap gambar itu akan menjurus kepada peribadi. Saya ni jenis yang suka bercuti dan kalau ada gambar menarik untuk share, saya akan post di Ig,” akhiri Redza yang kini sibuk di lokasi telemovie Fatonah Azali di samping Nad Zainal, Raja Azura dan Sharifah Sakinah.

Tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya kerana dapat berlakon bersama pelakon hebat dengan jalan cerita menarik, Redza menambah wataknya di dalam drama tersebut agak berat dan lain daripada lain.

Pada masa sama, Redza turut mendapat tawaran untuk berlakon menerusi slot Zehra di TV3. Bagaimanapun, pelakon ini belum boleh kongsinya secara terperinci kerana masih dalam proses perbincangan.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI