1.Isteri Dazrin Mengandung Empat Bulan!

UPDATE HIBURAN : 4 Perkara Mesti Tahu Pagi Ini (10/11/2017)

Wah, MH Online ingin ucapkan tahniah buat Dazrin Kamarudin dan pasangannya Nur Fazulin Razali kerana bakal menimang cahaya mata bersama tidak lama lagi.

Melalui portal hiburan mStar, Dazrin mengaku sangat terkejut apabila doktor mengesahkan kehamilan isterinya.

Walaupun terkejut dengan usia kandungan tersebut dan tidak menyangka isterinya mengandung awal sebulan dari pengetahuannya, Dazrin tetap bersyukur kerana bagi di dalam kandungan sihat dan tiada masalah. Apapun tahniah buat Dazrin dan pasangan!

2.Amboi Cantiknya Calon Isteri Idris Khan

UPDATE HIBURAN : 4 Perkara Mesti Tahu Pagi Ini (10/11/2017)

Baru-baru ini sosial media telah digemparkan dengan gambar cantik seorang gadis ala-ala pelakon Hollywood.

MH Online tertanya-tanya siapakah dia
? Rupa-rupanya gadis kelahiran Magribi ini dikatakan buah hati kepada pelakon Idris Khan yang popular menerusi drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin.

IKLAN

Di khabarkan mereka berdua bakal disatukan tidak lama lagi. Namun tarikh dan info sebenar tentang majlis perkahwinan mereka masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Apapun MH Online doakan yang terbaik buat mereka berdua.

3.Fesyen Tok Ram Di GV4 Jadi Perhatian

UPDATE HIBURAN : 4 Perkara Mesti Tahu Pagi Ini (10/11/2017)

Perasan tak sejak beberapa minggu ini Datuk Ramli MS yang lebih dikenali sebagai Tok Ram agak bergaya dan dikatakan semakin pandaqi berfesyen?

IKLAN

Jika sebelum ini Tok Ram hanya menggunakan warna-warna gelap, tetapi sejak ditegur oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, dia seakan cuba membuktikan dirinya tidak seperti apa yang dikatakan.

Walaupun gaya masih sama, tetapi kami puji Tok Ram semakin berani tampil dengan rona-rona terang.

Apa pun good job Tok Ram dan kami tak sabar nak tengok GV4 seterusnya! Agak-agaknya warna apa pula yang Tok Ram akian pakai kali ni ya?

IKLAN

4.Naz Kekal Jadi Pengacara JJCM

UPDATE HIBURAN : 4 Perkara Mesti Tahu Pagi Ini (10/11/2017)

Seperti yang kita tahu sebelum ini Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Habibur Rahman pernah memberi komen pedas tentang isu kebakaran yang berlaku di sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Walaupun ada yang bersetuju dengan kata-katanya dan beranggapan Naz jujur bila berkata, namun ada juga yang bimbang sekiranya kata-kata itu akan memberi impak atau kesan pada kerjayanya sebagai seorang pengacara.

Melihat bagaimana kisah itu disensasikan, ramai yang mula membuat spekulasi kemungkinan besar program Jalan-Jalan Cari Makan akan menamatkan kontraknya atau tidak akan mengambilnya lagi.

Namun semua itu terjawab dan membuatkan ramai orang menarik nafas lega apabila pengacara tersebut diumumkan kekal menjadi rancangan tersebut untuk musim seterusnya.

Apapun tahniah Naz! MH Online harap, dengan adanya Naz di JJCM, rancangan tersebut akan terus digemari ramai dan menarik. Jangan lupa hashtag #akusuka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI