Baru-baru ini, pelakon, Hanis Zalikha ada berkongsi cara bagaimana dia membesarkan anaknya, Yusuf Iskandar tanpa kebergantungan kepada gajet.

Perkongsian tersebut rata-ratanya telah mengundang reaksi positif daripada netizen.

View this post on Instagram

Umur berapa nak bagi anak gajet? Entah. Taknak bagi boleh tak. Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diorang gajet bila anak diorang cecah 14tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda2 camni. Tapi diorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful. / Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless kesiannya kita. Takde resepi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan. / Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it, mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam. But for now, we only allow channels on TV. So dia takde pilihan nak suruh kita tukar2. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan cokelat Apollo terbang banyak2 kat angkasa. / P/S: Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Bagaimanapun, seorang individu telah bertindak mempersoal tindakan Hanis yang sering mendedahkan aktiviti anaknya itu di media sosial.

 

“Tak nak bagi anak gajet, but display anak dalam media sosial macam selebriti siap bertanding anugerah Meletop.

IKLAN

“Update begitu begini. Ask yourself ada tak Bill Gates buat akaun media sosial anak dia kat Instagram?

“Bapaknya nak buat anak pun announce kat Instagram. Oh well,” tulisnya.

Tambah individu tersebut, dia tidak pasti sama ada mendedahkan anak di media sosial adalah sesuatu perkata yang betul untuk dilakukan oleh para ibu bapa.

“I don’t see how exposing the child to strangers through social media is ‘good parenting’. It’s too early,” jelasnya di laman Twitter.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh individu tersebut.

“Update Begitu Begini, Ask Yourself Ada Tak Bill Gates Buat Akaun Media Sosial Anak,”- Individu Ini Bidas ‘Parenting Skills’ Hanis Zalikha? “Update Begitu Begini, Ask Yourself Ada Tak Bill Gates Buat Akaun Media Sosial Anak,”- Individu Ini Bidas ‘Parenting Skills’ Hanis Zalikha?

“Update Begitu Begini, Ask Yourself Ada Tak Bill Gates Buat Akaun Media Sosial Anak,”- Individu Ini Bidas ‘Parenting Skills’ Hanis Zalikha?

IKLAN

Namun, pada pendapat MH, setiap ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak.

Bagaimanapun, setiap orang pun boleh memberikan pelbagai pandangan.

Foto: Instagram Hanis Zalikha

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI