Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro yang telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat tidak cukup rehat kini dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan sejak semalam.

Pengurus bintang berkenaan, RoyIdris ketika dihubungi MH sebentar tadi memberitahu, tahap kesihatan pengacara Melodi di samping Janna Nick itu kian baik tetapi masih perlu mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Menurut Roy, isteri Ajak, Afifah Amin baru sahaja menjelaskan kepadanya bahawa punca sebenar suaminya itu ditahan di wad bukan kerana sakit perut, tetapi adalah kerana dia mengalami masalah di bahagian otot, disebabkan rembesan alkali dan cecair pada otot keluar.

Keputusan tersebut diperolehi doktor setelah melakukan pemeriksaan darah bagi mengenal pasti punca sebenar.

IKLAN

“Sebenarnya dia sakit di bahagian otot. Sepatutnya, bacaan normal bagi otot ialah 190 sahaja, tetapi bacaan otot dia (Ajak) ialah 25,000 dan dah turun kepada 17,000.

 

“Disebabkan rembesan alkali dan cecair pada otot keluar,” kongsi Afifah yang turut menjelaskan, suaminya perlu mengambil air putih secukupnya supaya cecair berkenaan tidak berkumpul di buah pinggang yang sekali gus boleh menyebabkan kesosakan pada buah pinggang.

Pada masa sama, kata isterinya, Ajak turut melakukan aktiviti workout minggu lepas, sekali gus membuatkan ototnya sangat penat dan sakit.

[Update] Ajak Alami Masalah Pada Bahagian Otot Sebab…

IKLAN

“Doktor pakar buah pinggang juga akan rujuk dia pada bahagian jantung supaya dapat periksa status kesihatan pada satu badan, tetapi bukanlah dalam tempoh terdekat.

 

Buat masa ini, doktor mahu selesaikan dahulu masalah serius berhubung kandungan cecair pada ototnya,” akui Afifah yang turut memberitahu suaminya kini mendapatkan rehat sekucupnya. 

Kurang 24 jam lalu, bintang berusia 32 tahun itu dilaporkan mengadu sakit perut lalu mendapatkan rawatan di Shah Alam sebelum dirujuk di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Dalam perkembangan lain, Ajak dijangka bakal melancarkan single pertamanya berjudul Ging Gang Guli dan boleh didapati di semua platform muzik digital bermula minggu depan. Apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat Ajak.

IKLAN

Foto: RoyIdris & Instagram Ajak Shiro

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI