Pelakon Datin Paduka Eina Azman telah berangkat ke Tanah Suci, Mekah bersama suami, Datuk Paduka Kaiser dan anak-anaknya pada 22 November lalu.

Turut ikut bersama, pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Mega.

Berkongsi cerita dan pengalaman menunaikan umrah bersama, Eina bersyukur kerana dapat membawa pembantunya bersama ke tanah suci.

Malah ujar bintang berusia 24 tahun ini lagi, dia mempunyai pembantu rumah yang beragama Islam dan lebih berusia dari Bik Mega. Akan tetapi, Allah sudah tentukan rezekinya tunai umrah kali ini.

IKLAN

“Alhamdullilah rezeki untuk mu bik mega… sebelum ni saya ada ramai bibik islam dan jauh lagi tua dan berusia dari bik mega.

“Tapi Allah dah tentukan mmg rezeki dia datang bersama saya dan keluarga utk kali ini, #OrangKuatSayaDiRumah,” tulisnya sambil disertakan beberapa keping foto berlatarbelakangkan Kaabah.

IKLAN

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memuji sikap Eina yang disifatkan pemurah membawa pembantunya bersama.

Malah, ada juga yang mendoakan semoga mereka sekeluarga mendapat umrah yang mabrur.“Untung Bik Mega Punya Majikan Berhati Mulia,”- Latar Belakang Kaabah, DP Eina Azman & Pembantu Rumah Kongsi Momen Indah Di Tanah Suci “Untung Bik Mega Punya Majikan Berhati Mulia,”- Latar Belakang Kaabah, DP Eina Azman & Pembantu Rumah Kongsi Momen Indah Di Tanah Suci “Untung Bik Mega Punya Majikan Berhati Mulia,”- Latar Belakang Kaabah, DP Eina Azman & Pembantu Rumah Kongsi Momen Indah Di Tanah Suci “Untung Bik Mega Punya Majikan Berhati Mulia,”- Latar Belakang Kaabah, DP Eina Azman & Pembantu Rumah Kongsi Momen Indah Di Tanah Suci

IKLAN

Terdahulu, Eina turut meluahkan rasa syukur kerana dapat membawa ibunya dan ahli keluarga bersama ke Tanah Suci.

Foto : Instagram Eina Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI