Meski menghadapi kemelut rumah tangga bersama suami, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar tetap meraikan ulang tahun kelahiran anaknya, Laana Haura yang ke-2 tahun.
Lufya telah berkongsi momen sambutan majlis hari jadi tersebut di akaun Instagram miliknya.
Bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam yang kimi bergelar penyanyi dan pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesihatan Sabhi agar terus mampu untuk membuat persembahan bersama ahli kumpulan ONE lainnya pada saingan minggu keenam Gegar Vaganza 6 (GV6) Ahad ini.
Malah, ada rakan selebriti yang turut kongsikan hal sama lalu mendapat reaksi Sabhi.
Terdahulu menerusi MH, bintang ada memaklumkan dirinya sudah pun mengalami rasa sakit beberapa sebelum saingan minggu lalu.
Bagaimanapun, dia kuatkan diri untuk terus membuat persembahan. Minggu ini, ONE akan membawakan lagu Gadis Dan Bunga di pentas GV6.
Beberapa hari lalu, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira ada memberikan dedikasi istimewa bersempena dengan graduasi anak pertamanya, Allisya Tahir di HELP University.
Meski seperti biasa menulis kapsyen lucu, Sheira menerusi Instagram turut berkongsi foto istimewa itu sambil memberi pesan bahawa masih banyak yang perlu diteroka anaknya sejurus tamat belajar.
“Oklaa @tallisya72. Graduation day. Ko jangan joget2 lak masa ambik ijazah.
“Banyak lagi kerja nak buat lepas grad ni
Ko jogetlaa kat boss korang esok. Mampu kerja keras. Kerja ..jujur..rajin.
“Mak kamu doakan jumpa orang positif
Nak nasihat mak ko pun berjoget lagi. Bye.
“P/s: lupa..hari tu result 4 flat ke…ke kondo..laa result tak tau ke? Asyik MC siap ko,” tulisnya.
Menjengah ke Instagram si anak pula, Alissya turut merakamkan momen istimewa bersama bapanya, penyanyi Jatt yang kini sedang bersaing dalam program Gegar Vaganza musim keenam (GV6).
Rupa-rupanya, Sheira seperti yang dipetik Berita Harian memaklumkam, selesai saja majlis konvokesyen di Subang Jaya, Selangor, dia bergegas bawa anak gadisnya itu untuk bertemu si bapa.
“Kebetulan, Jatt berada di ibu negara selama tiga hari kerana terikat dengan sesi latihan dan persembahan untuk siaran langsung Gegar Vaganza musim keenam.
“Apabila Allisya memberitahu ingin mengabadikan kenangan manis itu bersama ayahnya, saya bergegas membawanya ke tempat latihan Jatt,” katanya seperti yang dipetik.
Untuk rekod, Allisya merupakan anak kepada hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone berkenaan.
Mereka berkahwin pada 1993 dan berpisah enam tahun kemudian dan Sheira kini berkongsi hidup dengan pelakon, Ijoy Azhari.
Pasangan ini dikurniakan empat lagi anak iaitu Airell, Airra, Audrra dan Adeena.
Allisya juga turut menunjukkan minat mendalam terhadap seni suara dan sudah pun merakam sebuah single yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!