Keadaaan pelakon Nad Zainal kini dikatakan kritikal dan berada di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi di Hospital Ampang Puteri.

Pelakon Ungku Ismail Aziz memaklumkan perkembangan terkini aktres tersebut menerusi paparan yang dimuat naik menerusi Insta Story sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU.

“Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahuma Amin,” tulisnya.

Sementara itu, bekas suami Nad iaitu Faliq Amirudin turut memohon doa orang ramai agar bekas isterinya itu diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat.

Ads

Dalam entri yang ditulis menerusi Insta Story, Faliq menulis,

“Assalamualaikum, buat sesiapa yang mengenali kawan saya, @nad.zainal, dia dimasukkan ke dalam hospital dari malam tadi (Selasa).

“Sekarang dia ditidurkan atas beberapa faktor, mari kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya dia diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat,” tulis Faliq.

Ads

Sementara itu, rakan artis seperti pengarah Shahrulezad Mohameddin, Zalif Sidek, Mira Filzah, Haiza Hanafi dan Ummi Nazeera turut mendoakan agar aktres itu segera diberikan kesembuhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

“Guys, please doakan Nad ya,” tulis Shahrulezad.

Ads

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, moga Nad Zainal dilindungi Allah SWT. Moga dipermudah segalanya, amin,” titip Zalif Sidek.

“Allahuakbar, Allah Maha Penyembuh,” tulis penyampai radio Buletin FM, Haiza Hanafi.

Terdahulu, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan kini berada dalam keadaan ditidurkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI