Filem yang kini sedang hangat menjadi perhatian ramai iaitu Dukun nampaknya benar-benar menggemparkan industri seni tanah air apabila selepas 12 tahun disimpan akhirnya penonton dapat menyaksikannya di pawagam bermula hari ini.

Pelakon utama filem Dukun, Datin Seri Umie Aida yang memegang watak sebagai Diana Dahlan ketika ditemui di majlis pratonton filem ini semalam telah berkongsi pengalamannya hampir mengalami histeria ketika di lokasi penggambaran yang terletak di Penjara Pudu.

Umie Aida Kongsi Pengalaman Hampir Histeria Di Bilik Terakhir Penjara Pudu Ketika Pengambaran Dukun

IKLAN

Umie berkata sepanjang penggambaran, setiap kali sebelum masuk ke set dia akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

IKLAN

“Kalau berlakon cerita macam ni, memang setiap kali sebelum masuk ke set saya akan membaca Al-Fatihah, ayat Kursi dan tiga Qul, kemudian baru saya masuk untuk start shooting. Begitulah rutin saya setiap hari.

 

“Ditakdirkan suatu hari di Penjara Pudu, pada ketika itu kru sedang menyiapkan set dan saya masa tu dalam keadaan yang tidak bersih (datang bulan).

 

“Semasa sedang menunggu kru menyiapkan set, saya pun berjalan-jalan untuk mengambil mood dan semasa di bilik terakhir saya tertanya apa agaknya perasaan banduan-banduan ni untuk kali terakhir.

 

“Tidak sampai beberapa saat, saya terus rasa menggigil ketakutan yang teramat tapi kalau saya tak kawal rasa tu mungkin saya akan terkena histeria waktu itu.

 

“Saya terus berzikir dan tak tahu siapa waktu itu, saya terus tarik dia kemudian keluar daripada kawasan tu dan saya terus menangis,” katanya.

Menurut Umie itu merupakan pengalamannya yang cukup menakutkan sepanjang menjalani penggambaran filem ini.

IKLAN

Dalam pada itu, Umie juga turut berkongsi babak yang paling sukar buatnya dalam filem ini adalah ketika di penjara, babak itu mengambil masa selama lapan jam untuk diselesaikan.

Umie Aida Kongsi Pengalaman Hampir Histeria Di Bilik Terakhir Penjara Pudu Ketika Pengambaran Dukun

“Babak yang paling susah adalah ketika di penjara yang memerlukan saya berlakon seperti ‘naik sheikh’ dan masa tu saya bersama adik saya Betty Rahmad.

 

“Ambil masa lapan jam babak tu untuk buat kepala saya ke atas dan kaki saya di bawah, saya hempap adik saya secara baring dan dia pula terpaksa baring terlentang. Bagi saya babak itu sangat susah tapi bila lihat hasilnya buat saya sungguh kagum,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI