Semalam merupakan hari wanita sedunia dan apa yang MH lihat, sambutan ini mendapat perhatian ramai dan terutamanya golongan lelaki yang memberikan ucapan bagi menghargai wanita yang bertakhta di hati mereka.

Bukan sahaja orang biasa malah golongan artis juga turut memberikan ucapan sempena hari wanita ini di media sosial.

Pelakon kacak, Ashraf Muslim merupakan salah seorang artis yang turut memberi ucapan bersemut buat dua orang isterinya di akaun Instagramnya.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

IKLAN

“Mereka adalah wanita yg luarbiasa buatku.. sentiasa memahami perjalanan hidupku yg berwarna warni ini. Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata2 mereka membuatku berfikir utk menjadi suami yg lebih baik dan lebih bijak.

 

“Terima kasih Allah kerana memberi amanah yg besar kepadaku utk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yg dekat dgnMu. Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama2 ini dalam doaku.

“Semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka dan menjaga mereka sepertimana org2 yg beriman sebelum ini. Amin..#SetiapHariAdalahHariWanita,” tulis ucapan Ashraf buat kedua-dua isteri tercintanya.

Nampaknya ucapan Ashraf buat isteri-isterinya mendapat komen yang positif daripada pengikut dan peminatnya. Rata-rata daripada mereka berkata, keluarga pelakon ini adalah contoh poligami yang baik.

zana.zahari: Salute ashraff…berjaya menjadikan madu mcm adik dan kakak…just suami kena jd role model yg baik utk family

IKLAN

mrshamizah: Contoh poligami terbaik ??

IKLAN

cuticuti_murah_malaysia: Dlu rmi kecam @ashrafmuslim Berpoligami. Ternyata die dah buktikn die mmg mampu dan layak. Tahniah. Mmg boleh nampak masing2 ikhlas hidup bersama dlm sebuah keluarga

Apapun, MH doakan semoga rumah tangga keluarga ini sentiasa diberkati ALLAH SWT dan kekal bahagia hingga ke syurga.

Sumber: Instagram Ashraf Muslim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI