Pelakon popular, Nur Fazura telah menyambut ulang tahun hari jadi ibu mertuanya, Azizah Abdul Ghani yang ke-48 tahun, malam tadi.

Isteri kepada Fattah Amin itu juga telah memuat naik beberapa keping gambar bersama ibu mertuanya itu di akaun Instagram beserta kapsyen.

“Sanah Helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai Ibu mertua yang amat dikasihi.

 

Beruntung nya saya dikurniakan Ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih-sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan,” tulisnya.

Pelakon yang popular dengan drama Hero Seorang Cinderella (HCL) turut mendoakan kesejahteraan ibu mertuanya agar sentiasa dalam lindungan Allah.

IKLAN

“Terima kasih Ibu kerana menerima Faz seadanya dan melahirkan seorang Imam yang cukup membahagiakan Faz, di dunia dan akhirat InsyaAllah.

 

Doa Faz buat Ibu semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki,
dipanjangkan umur dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Love you Ibu, ” tulisnya lagi.

Menerusi Instagram kelab peminat Fazura, @fattahaminteam pula, video sambutan hari jadi ibu Fattah disambut dalam suasana gembira.

Ucapan tahniah dari netizen telah dihujani di ruangan komen tersebut.

IKLAN

Ucapan Fazura Buat Ibu Mertua, Sweet Dan Penuh Makna! Ucapan Fazura Buat Ibu Mertua, Sweet Dan Penuh Makna! Ucapan Fazura Buat Ibu Mertua, Sweet Dan Penuh Makna!

Ucapan Fazura Buat Ibu Mertua, Sweet Dan Penuh Makna! Ucapan Fazura Buat Ibu Mertua, Sweet Dan Penuh Makna!

IKLAN

Wah! Fazura ni bukan sahaja sweet dengan suami, malah dia juga seorang menantu yang baik dan prihatin terhadap ibu mertuanya.

Semoga ikatan kekeluargaan ini kekal bahagia hingga syurga.

Foto / Video : Instagram Nur Fazura, Fattah Amin Team

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI