Tuntutan perceraian Noor Nabila di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditolak suaminya, Sharnaaz Ahmad.
Memetik laporan Gempak, keduanya telah diminta hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai oleh Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail.
“Saya nak fokus pada Jebat dan beri dia kasih sayang. Saya minta doakan baik-baik saja,” kata Nabila seperti dipetik.
Sementara itu, Sharnaaz pula menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.
“Reda atau tidak, kita ada mahkamah. Kalau mahkamah perintah JKP kita akan cuba. Kita tengok apa kata JKP punya penyelesaian,” katanya.
Terdahulu Nabila berkongsi foto di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan menfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Pasangan ini dikatakan sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada persefahaman. Sharnaaz dan Nabila diijabkabul pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad, setahun.
Foto : Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“We Are Getting Married” – Zarina Anjoulie Umum Bakal Berkahwin, Betulkah?
Baru sahaja membuat pengumuman rasmi menerusi laman Instagram, selebriti ‘panas’, Zarina Anjoulie bakal menamatkan zaman janda tidak lama lagi.
Sepotong klip video ketika sedang disolek jurusolek terkenal, Aizat Abdul Razak, wanita jelita ini ditemani bakal suami yang dikenali sebagai Lash membuat kejutan untuk peminat.
“Sayang cepat. We have an announcement to make.
“Yes, we are getting married. Tu saja nak share dengan korang,” luahnya menerusi laman Instagram.
View this post on InstagramWe have an announce to make !!! Tq @aizatabdulrazak make up kan I by d way ❤️
A post shared by Zarina Anjoulie (@zarina_anjoulie) on
Anju sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak lelaki sebelum berpisah Disember 2016.
Lash sebelum ini pernah terlibat di dalam beberapa drama televisyen tempatan.
Tahniah buat pasangan ini andai benar seperti mana diperkatakan Anju.
MH doakan semoga ikatan yang bakal terjalin kekal hingga ke syurga.
Foto – Instagram Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ucap Hari Lahir Buat Arwah Anak, Azian Mazwan Harap Dapat Jumpa Di Syurga – “Kali Ini Ucapan Saya Tak Berbalas.”
Penyanyi senior, Azian Mazwan Sapuwan ada menitipkan ucapan buat Allahyarham anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21 hari ini.
Menurut Azian, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu untuk memperingati tarikh-tarikh penting mengenai anak mereka namun menyifatkan ucapannya pada kali ini tidak akan dibalas.
View this post on InstagramA post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann) on
“09.10.2020 Selamat ulang tahun kelahiran anakku Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain.
“Menjadi kelaziman seorang ibu akan mudah mengingati tarikh-tarikh penting apa lagi zuriat sendiri & saya selalunya mahu menjadi orang yang pertama ucapkan Happy Birthday buat mereka.
“Berbeza kali ini ucapan saya tidak berbalas tapi saya yakin Allah mendengar doa saya buat anak saya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Embun Pagi itu turut mendoakan agar dirinya dapat bertemu dengan anaknya itu di syurga nanti.
“Ya Allah, jadikanlah anak kami yang telah Kau panggil menjadi penunggu kami dalam Syurga mu. Aamiin yra.
“Sudi kiranya sahabat-sahabat saudara semua menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat anak saya.
“Allahummagh firlahu warhamhu wa a’fihi wa’fu anhu buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain aamiin yra,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa malah turut berharap agar Azian diberikan kekuatan bagi menempuh dugaan ini.
Terdahulu, Allahyarham Aqil memghembuskan nafasnya yang terakhir pada 16 September 2019 selepas terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan kerosakan organ dalaman.
Sumber: Instagram Azian Mazwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajah Asli Neelofa Lebih Cantik Berbanding Versi AI, Ameera – “Kakak Jauh Comey Lagi…”
Hantaran yang dimuat naik selebriti popular, Noor Neelofa yang berkongsi wajahnya dalam versi Kecerdasan Buatan (AI) sempena produk terbaharunya di Instagram pada Rabu mencetuskan tular di media sosial.
Menerusi StampliCity Collection itu, Neelofa menyatakan hasratnya untuk menjadikan kempen ‘Stamping Your Mark’ sebagai penerus kepada impak atau legasi masing-masing yang mempunyai keunikan tersendiri.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, ramai memberikan reaksi pelbagai dan tidak kurang yang menyatakan kerinduan untuk melihat wajah cantik hos Next To Neelofa itu sejurus dia memutuskan untuk berniqab sekitar tiga tahun lalu.
Malah, ada juga yang memberi pandangan bahawa wajah asli ibu kepada dua cahaya mata itu jauh lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan versi AI.
Perkara sama turut dikongsikan adiknya, Ameera Khan sambil diakui sebilangan warganet lainnya.
“Kakak jauuuhhhh comey lagi pado AI ni,” tulis Ameera disusuli ribuan tanda suka.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 ‘likes’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI