JOHOR BAHRU – Perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah hari ini mencuri perhatian seluruh rakyat.

Majlis dimulakan dengan istiadat pertunangan kemudian disusuli akad nikah bermula jam 10 pagi tadi di Istana Bukit Serene yang dilaksanakan secara tertutup.

Mencemar duli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaiki kenderaan Rolls Rocye memasuki perkarangan istana kira-kira jam 8.45 pagi.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail tiba 9.47pagi.

IKLAN

Tunku Aminah, Dennis Selamat Diijab Kabul

Antara keluarga diraja yang mencemar duli menghadiri Istiadat Pernikahan puteri tunggal Sultan Johor itu termasuk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

IKLAN

Kerata yang membawa Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz turut kelihatan.

IKLAN

Tidak ketinggalan peminat keluarga Diraja Johor yang sama-sama tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik istimewa hadir diperkarangan istana.

Orang ramai boleh mengikuti istiadat persandingan secara langsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru malam ini menerusi layar gergasi yang disediakan di Dataran Bandaraya dan ba­ngunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

SUMBER : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI