Ads

Tunggakan Sewa Cecah RM240,000, Mickey Rourke Berdepan Risiko Diusir Dari Rumah Sewa

Pelakon veteran Hollywood, Mickey Rourke, kini berdepan satu lagi episod getir dalam hidupnya apabila dilaporkan berisiko diusir daripada kediaman sewa di Los Angeles susulan kegagalan melunaskan tunggakan sewa berjumlah lebih USD59,000 atau kira-kira RM240,000.

Menurut laporan portal People, notis pengusiran telah diserahkan kepada aktor berusia 73 tahun itu pada pertengahan Disember lalu selepas beliau didakwa gagal membayar sewa selama beberapa bulan. Notis tersebut memberi tempoh singkat untuk menjelaskan tunggakan sebelum tindakan lanjut diambil oleh pemilik rumah.

Difahamkan, kediaman yang disewa Rourke merupakan sebuah banglo gaya Sepanyol dengan tiga bilik tidur yang terletak di kawasan strategik Los Angeles. Rumah berkenaan pada awalnya disewa dengan kadar sekitar USD5,200 sebulan sebelum meningkat sehingga USD7,000, sekali gus menyumbang kepada jumlah tunggakan yang besar.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila pemilik rumah turut memfailkan tuntutan tambahan melibatkan kos guaman serta ganti rugi lain, menjadikan isu ini bukan sekadar masalah sewa tertunggak, malah berpotensi berlarutan ke peringkat mahkamah.

Ads
Tunggakan Sewa Cecah RM240,000, Mickey Rourke Berdepan Risiko Diusir Dari Rumah Sewa
Ketika muda, Mickey antara pelakon Hollywood yang dlabel sebagai ‘heartthrob’. Bukan sahaja tampan bahkan berbakat besar.

Susulan tekanan tersebut, wakil pengurusan Rourke dilaporkan telah melancarkan kempen derma awam menerusi platform GoFundMe dengan sasaran mengumpul dana bagi menampung tunggakan sewa dan menstabilkan semula keadaan kewangannya. Kempen itu dilaporkan menerima sambutan awal daripada peminat dan rakan industri.

Sementara proses undang-undang berjalan, Rourke dikatakan tidak lagi menetap di rumah sewa berkenaan dan kini menginap sementara di sebuah hotel di kawasan West Hollywood. Beberapa barangan peribadi miliknya juga dilaporkan telah dipindahkan keluar.

Ads

Situasi terbaharu ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai realiti pahit yang dihadapi segelintir selebriti veteran, di sebalik glamor dan kejayaan yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.

Ads

Untuk rekod, Mickey Rourke merupakan antara bintang besar Hollywood era 1980-an. Beliau pernah meraih Anugerah Golden Globe dan BAFTA  pada tahun 2009 menerusi lakonannya sebagai Robin Ramzinski dalam filem The Wrestler.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jom R*men Dulu…,” – Lelaki Tua Ajak Zara Zya Buat Perkara...

Pelakon Zara Zya meluahkan rasa terkilan dengan sikap seorang individu yang bertindak meninggalkan komen berbaur lucah dan biadab di platform media sosial miliknya.
error: Hello. Cannot.