Selain Daiyan Trisha, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz turut berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah dalam bulan Ramadan.
Kali terakhir mengerjakan umrah pada Disember tahun lalu, kali ini kedatangan Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, ke sana turut ditemani suami tercinta, Farhan Norzaini.
“Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci menunaiukan umrah dan menjalani ibadah puasa di sana. Doakan urusan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami.
Ads
“Semoga mendapat umrah yang mabrur. Jika ada yang nak titipkan doa tulis di komen, InsyaAllah jika ada kelapangan saya bacakan doa-doa anda,” tulisnya di laman Instagram.
Rakan selebriti juga tidak ketinggalan mendoakan agar urusan Zulin dan suami dipermudahkan sepanjang berada di tanah suci.
Ads
“Semoga dipermudahkan… selamat pergi dan balik, dapat umrah mabrur dan balik ini lekat pregnant amin amin amin,” tulis pelakon Dayana Roza.
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak dapat menahan sebak saat menghantar pembantu rumahnya ke lapangan terbang untuk pulang ke negara asal selepas lebih 10 tahun berkhidmat bersama keluarganya.
Menurut Aliff, dia sekeluarga berasa amat sedih diatas kepulangan tersebut kerana mereka sudah menganggap pembantu rumahnya itu seperti ibunya sendiri.
Katanya lagi, sepanjang 10 tahun ini, pembantu rumahnya itu telah menjalankan tugas dengan sangat baik lebih-lebih lagi ketika menjaga anak-anaknya.
“Bukan senang nak cari bibik yang setia. Kami terlalu sedih selapas 10 tahun berbakti dengan keluarga. Kesedihan yang sukar diungkapkan untuk kami sekeluarga. 10 tahun bukanlah jangka masa yang pendek, dia ibarat ibu dan penjaga kami sekeluarga.
“Walaupun sekadar menjadi pekerja pembantu rumah tetapi banyak jasa beliau menjaga anak-anak saya. Daripada Baem lahir dan sampai la Baem sekarang.
“Daripada dia tiada cucu sampai ada cucu enam orang daripada rumah dia rumah buloh sampai la berumah batu,” luahnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Aliff mendedahkan dia sekeluarga reda dengan keputusan tersebut dan mendoakan yang terbaik buat pembantu rumahnya itu.
“Bibik kami semua akan merindui dan juga terasa kehilangan bibik tapi saya yakin inilah yang terbaik untuk bibik gembira sekeluarga. AMEEN AMEEN YA ROBALALAMEEN.
“Siapa yang pernah kehilangan bibik yang lama seperti ini sila komen di bawah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak selain turut memuji hubungan akrab yang Aliff sekeluarga bersama pembantu ruamhnya itu.
“Ya Allah permudahkan segalanya dalam hidupmu sekeluarga bibik, amin.
“Allahuakbar sedih pulak tengok. Tak dapat gambarkan kalau bibik saya pulak balik. Bibik saya juga dah 10 tahun dengan kami.
“Sedihnya Dato bibik dah balik. Rindu nanti dengan ketawa riang ria bibik. Pernah jumpa bibik di gala dinner. Bibik peramah orangnya.
“Terbaik datuk. Sayang bibik macam keluarga sendiri.
“Alahai, kita juga ikut sedih sekali ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini, video berdurasi hampir seminit itu telah pun meraih lebih 1.3 juta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah menggunakan pengaruh artis seperti Hafidz Roshdi, Nafiez Zaidi, Rizu Forteen dan Jabir Meftah, kisah dua beradik, Zarif Azrie Zahari bersama Zarul Shafiz Zahari mengusahakan perniagaan baju Melayu pasang siap ‘slim fit’, Mjestic cukup memberi inspirasi
Mengusahakannya perniagaan itu sejak hujung tahun 2017, bermula dari rumah ketika menghuni di apartmen hingga memiliki butik fizikal di Setia Alam, Shah Alam menjadi bukti mereka komited dalam bisnes yang dilakukan.
Zarif, 31, abang sulung memikul mandat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama itu berkata langkah diatur bagai dirahmati Tuhan.
“Saya dan adik hanya memiliki latar belakang dalam bidang perniagaan semata-mata. Cuma masa zaman belajar dulu, kami suka menjual baju kasual lelaki. Minat berniaga itu ada.
“Cuma kes kami hingga tercetus nak ceburi perniagaan ini sebab masing- masing susah nak cari saiz baju sesuai yang ‘ngam’ dengan badan. Kalau nak beli di pasaran, mesti menggelebeh.
“Lalu mulalah inisiatif menempah sendiri baju ikut saiz sendiri. Bila pakai ‘ngam’, tak sangka kawan pun nak ikut tempah juga. Nampak ada permintaan di situ, jadi kami tak menoleh ke belakang lagi,” kata Zarif yang mempunyai tiga adik lagi di bawahnya selain Zarul.
Zarif menjelaskan ada sebab juga dia dan adiknya menggunakan motif haiwan peliharaan kucing sebagai cap dagang atau logo utama.
“Di apartmen yang disewa dulu, masa mula-mula berjinak berniaga… ada 11 ekor kucing. Sampai baju Melayu yang disimpan stok di rumah pun menjadi mangsa kencing haiwan itu.
“Kami percaya aturan cantik ini bagai ada hikmah serta asbab tersendiri kerana suka membela kucing. Dalam Islam sendiri menganjurkan untuk kita berbuat demikian kerana ada kelebihannya termasuk dimurahkan rezeki,” kata Zarif.
Kata Zarif, tahun ini, sebanyak 30,000 baju Melayu ‘slim fit’ dihasilkan menjelang Syawal dan setakat ini, lebih 15,000 helaian terjual.
“Fokus niaga kami 60 peratus untuk belian dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya secara fizikal.
“Sekarang pun kami rancak adakan promosi dari 20 sehingga 70 peratus untuk rangkaian produk terpilih. Kami pun hadkan tarikh penghantaran pos sampai 24 April ini kerana nak pastikan tempoh penerimaan itu sampai ke alamat sebelum kita beraya.
“Jadi selepas tarikh itu, kita akan fokus kepada jualansecara online dan di butik fizikal. Tahun ini kami sasarkan keuntunganjualan maksimum sebanyak RM12 juta. Dapat RM8 juta itu pun kira alhamdulillah,” kata Zarif.
Sementara itu, Zarul, 29, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pula optimis seleksi 35 warna baju Melayu ‘slim fit’ mereka ada tarikan tersendiri.
“Potongan baju ini dari saiz XS hingga 3XL untuk lelaki dari usia 18 hingga 37 tahun. Ada zip di sisi dan lengan kerana bersifat mesra wuduk. Tak ketinggalan ada semi ‘padding’ di bahu supaya nampak terletak dan ‘signature’menawan kerongsang bunga di poket.
“Paling utama, harga dijual serendah RM169 hingga RM189 dengan pemberian tambahan enam aksesori percuma. Insya-Allah lepas raya kami akan keluarkan baju nikah moden dan tradisional selain abaya bagi memenuhi permintaan pelanggan lelaki dan wanita,” katanya.
Sementara itu, pihaknya juga menawarkan peluang kepada ejen atau dropship di luar sana yang ingin menjana pendapatan bersama. Pengambilan ejen dibuka sepanjang tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Didakwa berkongsi video sambil memaparkan duit berkepok menerusi perkongsian di media sosial, pelakon dan influencer, Aisar Khaled kini sedang ‘diintai’ pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menerusi video terbaharunya, Aisar ada memuat naik video menunjukkan tips menyimpan duit serta cara untuk menjadi jutawan.
Menerusi video sama, pemuda berusia 22 tahun itu berkongsikan caranya membahagikan duit pada setiap bulan untuk dibelanjakan mengikut kategori seperti bil rumah, belanja barang dapur, maintanance kereta dan aktiviti membeli-belah.
Dalam banyak-banyak komen yang ditinggalkan, komen daripada pihak LHDN telah menarik minat netizen.
Selain video tersebut, netizen turut sangsi dengan perkongsian Aisar sebelum ini yang mendedahkan dia kini memiliki kediaman sendiri yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.
Selain isu menayang duit, nama Aisar sebelum ini juga pernah hangat gara-gara pembaziran gel penyejuk badan yang direndam sehingga kembang.
Malah videonya menziarahi kubur penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang digunakan sebagai modal konten untuk saluran YouTube miliknya turut diperkatakan sebelum ini.
Aisar bagaimanapun memohon maaf atas khilaf yang telah berlaku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...