Pelakon Abby Abadi beberapa hari lalu ada memuat naik foto ibunya terlantar lantas menyentuh hati netizen.
Perkongsian foto menerusi Instagram itu adalah berkaitan dengan rutinnya ketika menjaga ibunya yang sedang sakit.
Dalam entri berkenaan, Abby menceritakan status terkini ibunya serta usahanya untuk memastikan solat ibunya terjaga.
“Sy usahakan Mak Sy supaya terus solat & Alhamdullillah, Mak kuat. Saya Mandikan Mak. Bagi makan ubat, Inject insulin, Buatkan air, Suap makan Dan paling penting Jagakan solat Mak.
“Saya bagitau Mak, Tak dapat buat yg sunat, 5 waktu tu je suruh Mak jaga , Sebab itu yg pertama ALLAH akan tanya nanti Mak, Mak dengar je.
“Saya cakap lagi, Tiga perkara je yg buleh bawak mati Mak
1. Sedekah jariah kita
2. Ilmu yg bermanfaat yg kita ajar/kongsikan pada org lain
3. Doa anak yg soleh…Mak dengar jug.
“Dan Sy harap ALLAH kuatkan lagi, Kefahaman Mak tentang agama DIA, Amin. Sayang Mak sangat! Doakan Mak Sy kuat ye.
“Esok Mak nak kena tebuk lubang lain kat leher utk dialysis sbb lubang sedia ada takleh guna sbb ada darah buku menghalang huhu.. Doakan ye,” tulisnya.
Anak pelakon Amyza Aznan telah menarik perhatian pengguna media sosial apabila bakatnya menyanyikan lagu dari penyanyi antarabangsa, berjudul Emotion dari Mariah Carey.
Video tersebut dikongsikan Amyza di akaun Instagrammya.
“WHISTLING MARIAH CAREY DIBAGIKAN.. TERKEDU CIK GAYAH!! Setiap kali dngr lagu baru..
“Cik gayah have have akan nebes sebab telinga ni akan menadah 12 jam setiap hari dia akan menyanyi..
“sebagai mader2 yg sukakan ketenangan dirumah, cik gayah akan rasa ANNOYINGGGGGG bila dia start menyanyi..
“bagi iol MEMEKAK !!! TAPI .. SEMINGGU DIA TRY LAGU NI.. DAN INILAH HASILNYA.. MARIAH CAREY WHISTLING dibagikan .. oleh sbb anak kedua cik gayah have have ..
“Sooo okaylah tgh pikir nak masuk vocal class mana… sissy iman ke… elda susanti ke… mya matahari ke…,” tulis Amyza
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui hingga kini, tiada mana-mana penyanyi lelaki yang boleh menggantikan rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Penyanyi Hatiku Milikmu itu menyatakan pendapat tersebut menerusi program GIG Siti Nordiana siaran TV1.
“Zaman kegemilangan duet dengan arwah Achik tiada gantinya sampai sekarang memandangkan kami ada peminat dan pengikut tersendiri.
“Meski saya cuba duet dengan mana-mana artis lelaki lain, ia masih tidak boleh sama. Misalnya dengan Khai Bahar, Lan Solo atau Alif Satar. Mereka masing-masing punyai genre sendiri.
“Jadi tiada peminat yang membandingkan. Arwah sudah sedia ada dalam hati peminat saya dan dia,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya di antara ketiga-tiga bintang tersebut mana satu yang dirasakan paling sesuai berduet dengannya, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana memberitahu, Khai Bahar merupakan penyanyi lelaki paling sesuai.
“Rasanya yang betul-betul sesuai, ialah Khai. Dia boleh dan mampu nyanyikan semua lagu duet saya dan arwah. Malah tone dan lagu-lagunya yang mendayu-dayu tu sesuai dengan muzik saya juga,” kongsi Nana.
Terdahulu, pasangan duet Nana dan Allahyarham Achik dari kumpulan Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lebih sembilan tahun lalu.
Antara lagu duet yang sinonim dengan keduanya seperti Paling Comel, Gurauan Berkasih dan banyak lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana kini sedang giat berlatih vokal bagi bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 minggu hadapan bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Nisan Cinta.
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.