Kini sedang tular video Shah Rukh Khan telah diprank oleh pengacara sebuah rancangan televisyen,Ramez Galal yang terkenal dengan kaki prank terkemuka dari mesir. Sudah pasti ramai peminat Shah Rukh Khan(SRK) sudah menonton video pelakon antarabangsa itu bengang selepas diprank.

Pemandu yang membawa mereka seolah-olah hilang imbangan dan terperangkap di dalam pasir jerlus. Kereta itu mula tenggelam bersama ketiga-tiga mereka dan si pemandu dalam keadaan memerlukan pertolongan.

Dalam satu video klip tersebut menunjukkan Shah Rukh Khan kekal tenang mengendalikan situasi itu di sebalik tindakan pengacara wanita yang menjerit kuat selepas bersemuka dengan seekor biawak komodo gergasi yang sebenarnya cuma sekadar prank sahaja.

Rupa-rupanya Galal yang memakai kostum biawak itu untuk menambahkan elemen “thrill” dalam percubaan prank tersebut

Namun selepas mendapat tahu ia hanya guraun semata-mata, hero Bollywood itu marah dan merajuk dengan krew terutamanya Galal yang juga seorang pelakon komedi dan pengacara rancangan Ramez Underground.

IKLAN

“Ini tak kelakar. Kamu ingat saya datang jauh dari India untuk *** ini?” tanya SRK yang ternyata berang dengan lawak tersebut.

Tular Shah Rukh Khan Bengang Kena Prank Tular Shah Rukh Khan Bengang Kena Prank Tular Shah Rukh Khan Bengang Kena Prank

Bagaimanapun,Hindustan Times melaporkan reaksi SRK itu sekadar lakonan dan sudah dirancang.

Menurut satu sumber publikasi Al-Alam, SRK telah dibayar sebnyak $400,000 untuk membuat penampilan di dalam rancangan itu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan pembayaran terbabit.

IKLAN

Namun, ketika Hindustan Times menghubungi pasukan SRK, pengurusnya Pooja Dadlani mengesahkan, “Ya, ia telah dirancang dan Shah Rukh Khan tahu dan sedang berlakon sebagai seorang yang marah.”

Bagaimanapun, dia tidak memberi sebarang pengesahan sama ada pelakon itu dibayar atau tidak oleh rancangan TV terbabit.

IKLAN

Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan juga tak terlepas daripada menjadi mangsa prank ni. Tapi apa reaksi Shah Rukh Khan bila kena prank? Bagi yang terlepas menyaksikan video tersebut, jom admin kasi belanja aksi ‘mendebarkan’ Shah Rukh Khan berdepan seekor biawak besar tersebut :

Sumber : Hindustantimes

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI