Tular satu rakaman video pendek yang memaparkan seorang remaja telah dipukul pada bahagian perutnya oleh pelajar lain, dipercayai berlaku di sebuah asrama lelaki sejak semalam.
Bukan sahaja meraih perhatian ramai, malah rakaman video tersebut turut mendapat perhatian di kalangan selebriti tanah air.
Pelakon Azhan Rani misalnya turut berkongsi pendapat berhubung rakaman terbabit seterusnya meluahkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku.
Ads
“Aku nampak ni kat Twitter. Allahuakbar, aku pun pernah jadi budak asrama. Aku faham situasi budak kena ragging tu.
“Dan yang bajet hero, acah-acah ayahanda asrama tu pun aku paham. Lagi dasyat dia buli orang, dia akan rasa lagi famous, rasa hebat, dan makin tinggi darjat dia. Tu dia la yang rasa,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani pada masa sama turut mengharapkan moga tiada kecederaan serius berlaku kepada mangsa buli terbabit.
Ads
“So aku open kat sini buat lauk sarapan jabatan netizen untuk letakkan kat mana darjat budak ajet2 hero bongok ni. Kot-kot la boleh buatkan mak abah diaorang hati berbunga2 bangga. mana la tau.
“P/s : semoga Allah pelihara adik baju merah tu. harap takde kecederaan serius.,” tulis Azhan lagi.
Ads
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi mengakui dirinya berbesar hati selepas diberikan kepercayaan untuk membawa watak sebagai pelakon utama buat pertama kali menerusi filem Prebet Sapu.
Bagaimanapun, Amerul memberitahu, filem ini sememangnya agak mencabar buat dirinya memandangkan filem ini banyak mengetengah mengenai realiti kepayahan yang dilalui oleh masyarakat ketika ini.
“Perasaannya memang agak mendebarkan sebab ini kali pertama saya diberikan kepercayaan untuk membawa watak utama bagi karya filem.
“Sebelum ini, saya ada juga memainkan watak utama tetapi hanya di drama atau pun di pementasan teater.
“Filem ini agak memberi cabaran kepada saya kerana kami perlu berlakon seperti tidak berlakon. Ini adalah senario realiti yang dihadapi rakyat ketika ini. Watak ini harus dimainkan secara natural.
“Sebab itu kami diberikan kelas lakonan selama sebulan supaya kami bersedia untuk masuk ke set pengambaran,” katanya kepada MH.
Amerul berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis tayangan perdana filem, Prebet Sapu yang diadakan di TGV, One Utama pada Rabu.
Ketika ditanya adakah para penonton di negara ini sudah bersedia untuk disajikan denga karya-karya yang dipenuhi elemen-elemen sinikal mengenai realiti masyarakat masa kini, Amerul menyifatkan minda penonton masa kini sudah semakin terbuka.
“Saya rasa para penonton dah bersedia untuk mengamati karya-karya seperti ini. Sebab seperti kita tahu, makin hari anak muda di negara kita hidup dalam tekanan.
“Saya rasa orang berumur pun merasai hal yang sama disebab situasi politik, ekonomi mahupun masalah global seperi pandemik Covid-19. Saya rasa filem ini harus ditonton untuk sama-sama kita menilai kehidupan kita hari ini.
“Adakah kita nak biarkan permasalahan ini terus terjadi atau nak ubah bersama-sama ke arah kebaikkan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Amerul turut menzahirkan rasa teruja selepas mengetahui filem ini telah dicalonkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional untuk dibawa ke peringkat Oscar.
“Sebenarnya kami merancang untuk menayangkan filem di festival-festival filem di negara luar dahulu. Kami bermula di Jogja kemudian automatik di pilih ke festival-festival filem di negara lain.
“Malah saya juga terkejut bila FINAS ingin mengangkat filem ini untuk dibawa ke peringkat Oscar. Sebab kita tahu Oscar merupakan sasaran utama FINAS bagi setiap tahun.
“Saya juga tertanya-tanya sampai ke hari ini, kenapa FINAS memilih filem ini berbanding filem-filem yang mempunyai modal yang lebih besar. Kenapa filem bajet rendah ini dipilih?
“Adakah kerana jalan ceritanya atau perkara-perkara lain. Apapun saya tetap bersyukur,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Prebet Sapu atau tajuk inggeris Hail,Driver! telah ditayangkan di beberapa filem festival seperti 15th Jogja-Netpac Asian Film Festival Indonesia , Far East Film Festival Udine Italy 2021, Asian Film Festival 2021 Barcelona dan banyak lagi.
Filem Prebet Sapu ini boleh disaksikan di pawagam seluruh negara bermula 16 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan personaliti media sosial, Mat Dan, memaklumkan dirinya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di United Kingdom selepas mengalami gejala muntah-muntah tanpa henti sejak dua hari lalu.
Menurut Mat Dan yang kini sedang berada di kampung halamannya di UK, dia terpaksa menyerahkan dirinya kepada pihak hospital selepas percubaan untuk menghubungi ambulans gagal.
“Assalamualaikum, saya nak update sikit mengenai diri saya. Saya sekarang ini berada di hospital di UK di kampung halaman saya.
“Saya terpaksa dimasukkan air di kedua-dua belah tangan saya. Dah dua hari saya muntah-muntah tak berhenti. Saya telefon ambulans tapi mereka tak boleh datang ambil. Jadi saya serah diri dekat hospital,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Mat Dan Kaki Jalan itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah turut memberitahu, kedua-dua belah tangannya telah pun dimasukkan air dan dia kini sedang menantikan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Malah, pihak doktor juga difahamkan akan membuat imbasan CT bagi mengenal pasti masalah kesihatan yang dialami oleh Mat Dan itu.
“Saya tunggu dua hingga tiga jam di bawah. Selepas buat beberapa pemeriksaan, saya terpaksa warded di hospital. Mereka akan ambil darah saya dan buat CT Scan.
“InsyaAllah, doakan yang baik-baik untuk saya,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan, hasil ujian saringan Covid-19 yang dijalaninya adalah negatif.
Melihat di ruangn komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau selain turut mendoakan semoga keadaan Mat Dan akan beransur pulih dengan segera.
“Syafakallah sahabat, semoga segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah.
“Semoga Mat Dan diberikan kesembuhan dan kekuatan.
“Semoga Mat Dan cepat sembuh sepenuhnya. Semoga sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah Ta’ala.
“Get well soon. Semoga Allah permudahkan urusan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Mat Dan telah mendirikan rumah tangga bersama wanita asal Terengganu Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Muhammad Eydan Tyler, 1.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jurusolek popular, MUA Bellaz menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dirinya kini telah pun disahkan hamil anak keempat.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Zulyadaini menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
“Assamualaikum doa baik-baik Insyallah rezeki. Allahuakbar. Patutlah tengok nasi arab tak lalu nak makan,” tulisnya yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci bersama keluarga.
Menurut suaminya, Anuar Ahmad pula, sebelum berangkat ke tanah suci, Bella ada membuat ujian kehamilan namun keputusannya negatif.
Malah dia juga turut menyifatkan kurniaan tersebut sebagai hadiah terindah sewaktu menunaikan ibadah umrah.
“Alhamdulillah, dengan rasminya Yusuf jadi abang. Masa di Malaysia cek negatif. Rupanya Allah S.W.T tunjuk kekuasaannya di tanah haram ini
“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Hadiah yang sangat bermakna di bumi Makkah. Tiada daya selain pertolongan dan pemberian Allah S.W.T.
“Ya Allah dibumi yang barakah ini kau kurniakanlah zuriat buat umat nabi muhammad SAW yang belum engkau berikan…aminnn,” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar segala urusan Bella dan kandungannya itu akan dipermudahkan.
“Tahniah Kak Bella. Doakan saya dan suami dikurniakan cahaya mata juga.
“Tahniah Bellaz. Rezeki jejak ke tanah suci tu. Tumpang happy untuk kalian.
“Alhamdulillah, tahniah Kak Bellaz. Stay safe dekat sana kak. Semoga semuanya dipermudahkan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu Bella dan suaminya telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Disember 2013 dan telah pun terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram MUA Bellaz & Anuar Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Heyda Hafeey tidak terkilan apabila orang ramai lebih mengenali nama kumpulan Senario berbanding dirinya, menerusi lagu malar segar, Zapin Usik Mengusik.