Meskipun ramai yang meramalkan mereka sebagai juara, penyanyi, Tomok tetap menerima keputusan di pentas akhir Famili Duo musim ke-4 dengan hati yang terbuka.
Menurut Tomok, sepanjang menyartai pertandingan nyanyian, matlamat utamanya adalah untuk memberikan persembahan terbaik bagi memukau para juri dan penonton.
“Setiap pertandingan yang saya sertai, tak kisahlah di stesen TV manapun, tujuan utama saya adalah untuk menang. Itu adalah semangat saya.
“Namun, dalam perjuangan saya ini, kalau tiada rezeki itu, tak jadi satu masalah buat saya. Namun, saya akan sentiasa berikan yang terbaik dan apa yang termampu. Begitu juga dengan Sharul.
“Saya nak pastikan bila orang tengok persembahan kami, mereka akan kata kami layak untuk berada di sini,” katanya kepada MH.
Vokalis kumpulan New Boyz itu berkata sedemikian ketika ditemui di sesi sidang media Famili Duo 4 yang berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad.
Katanya lagi, dia juga tumpang gembira dengan keputusan pada malam Ahad biarpun terpaksa berpuas hati di tempat ke-3.
Ads
“Bila tiada rezeki kami malam ini, kami okay sahaja. Saya terima keputusan ini. Saya gembira dengan kemenangan Shiha dan Ieda serta Ayie dan Salma. Kita akan terus move on.
“Apapun, kami sangat puas dengan dua persembahan kami. Saya rasa para peminat juga dapat rasa apa yang kami cuba sampaikan. Menang atau kalah itu rezeki Allah.
“Ada pertandingan yang saya menang. Ada juga yang saya kalah,” katanya lagi.
Pada masa sama, Tomok memaklumkan dia dan pasangan duo yang juga penyanyi, Sharul Kamal tidak berasa ralat sebaliknya berpuas hati dengan dua persembahan yang telah dipamerkan malam tadi.
Ads
“Untuk kedua-kedua persembahan ini, kami sangat gembira. Memang itulah perancangan kami. Persembahan pertama kami bawakan lagu yang bertema ‘meraikan’ yang kedua pula adalah seperti mana yang anda lihat tadi.
“Tiada istilah kami nak berasa ralat. Segalanya sudah tertulis dan rezeki kami sampai di sini. Kami reda dan happy,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sharul akui teruja apabila namanya kini semakin mendapat perhatian peminat sepanjang bertanding di Famili Duo 4
Ads
“Saya memang sudah bersedia. Bila saya menjejakkan kaki di industri seni ini, saya bersedia untuk membuat sehabis baik demi para peminat dan orang-orang yang nak dengar karya saya.
“Saya berkarya jujur dari hati. Apa yang saya sampaikan itu adalah ikhlas. Mungkin sebelum ini saya kekurangan platform atau perhatian di dunia mainstream yang membuatkan orang terfikir saya sedikit ke belakang.
“Jadi, bila sertai Famili Duo, saya memang tanam azam untuk tidak buat main-main. Saya all out setiap minggu. Apa nak jadi, jadilah,” katanya.
Tomok dan Sharul telah diumumkan selaku pemenang tempat ketiga sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM20,000 dan trofi.
Duo adik beradik, Shiha dan Ieda pula dinobatkan selaku juara dan membawa pulang hadiah utama berjumlah RM100,000.
Tempat kedua dimenangi oleh duo sepupu Ayie Floor 88 dan Salma Asis. Kedua-dua mereka meraih wang tunai RM30,000 dan trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan bakat pengacaraan yang dimiliki anak sulung Sharifah Shahirah, 48, iaitu Allisya Tahir.
Berkebolehan mengacara, video yang dimuat naik Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shira itu menunjukkan kebolehan Allisya, 24, mengendalikan sebuah program baru-baru ini.
Menariknya, Allisya turut menggayakan baju lama milik ibunya menerusi rancangan tersebut.
“Suka ek mengacara… Pakai baju mak dia je.
“Mak dia dah tak muat baju-baju ni.
“Dulu selalu jual… nasib kamu dah turun berat badan, kalau tak mak dia jual baju,” tulis Shira di ruangan kapsyen.
Dalam dunia hiburan yang penuh glamor dan pengiktirafan, pelakon legenda Fauziah Ahmad Daud kekal berpegang kepada prinsip bahawa kualiti kerja lebih utama berbanding gelaran.
Ketika ada rakan seangkatan mahupun artis muda sudah dikurniakan darjah kebesaran, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy terharu sekiranya dia terus dihargai melalui sumbangannya dalam seni.
“Biarlah Allah yang tentukan bila masa yang tepat. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa.
“Saya lebih suka bila hasil kerja saya yang berbicara. Saya lebih selesa begitu.
“Sehingga kini, saya tidak pernah menerima tawaran untuk mendapatkan gelaran tersebut. Malah, tiada seorang pun yang berpangkat Datuk berani ‘meminang’ saya juga,” selorohnya.
50 Tahun Dalam Seni, Tanpa Kejar Populariti
Walaupun tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar ‘Datuk’, Ogy bagaimanapun terharu kerana kerjayanya selama lebih lima dekad masih diingati ramai.
“Saya terharu ramai yang mengingati impak kerjaya saya dan bersyukur kerana dilahirkan menjadi seorang yang berprinsip.
“Bukan populariti yang saya inginkan tapi hasil kerja yang perlu diutamakan. Alhamdulillah, memang hasil kerja saya sentiasa berbicara,” katanya lagi.
Terbaharu, Ogy kembali menyumbang dalam industri seni dengan mengambil peranan sebagai pengetua Asian Pop Star, sebuah program realiti pencarian bakat baharu yang bakal bersiaran 29 November ini.
Program itu bakal mempertemukan 20 peserta terbaik dari seluruh Asia Tenggara yang bersaing merebut hadiah wang tunai USD20,000 dan biasiswa seni persembahan di ASWARA dan Korea Selatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial yang terkenal, Ayana Jihye Moon merupakan seorang gadis Korea mualaf yang telah memeluk agama islam sekali gus mencuri perhatian ramai.
Baru-baru ini, Ayana telah memaklumkan adik lelakinya juga telah memeluk agama Islam beberapa bulan lalu.
Berita gembira tersebut dikongsi Ayana menerusi satu komen yang dibalas di ruangan komen Instagram miliknya.
“@norjenabuka_ Dia sudah masuk Islam😅 sudah 3-4bulan. Alhamdulillah.”tulisnya.
Di samping itu, Ayana juga turut berkongsi insan bergelar Imam yang telah banyak membantu dia dan adiknya ketika mahu memeluk agama Islam.
“Meeting session with Imam of Seoul Central Masjid @abdrahmanlee . It’s always glad to meet him. He always shares many good ideas. Hopefully we can manage some Dakwah programs in Korea. InsyaAllah.
“And he is the person who guided my syahadah as an Imam and also as a witness. To my brother as well.
“His endless hard work for Korean muslims and muslims in Korea encourges me a lot. Always. Jazakallahu khairan. Allahu Akbar 바쁘신 와중에도 귀한 시간 내주셔서 감사합니다, 이맘님 #muslim,” tulisnya.