Pelawak, Danial Zaini, menyifatkan kemenangan kumpulan Sarkas di Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) menjadi titik tolak untuk pasukannya kembali menaikkan industri komedi tempatan.
Menurut Danial, dia merasakan pelawak-pelawak masa kini agak sukar untuk menonjol kerana peluang yang sangat terhad.
“Bagi saya, MLS4 ini ialah satu pertandingan yang sangat sukar. Saya rasa semua peserta juga setuju.
“Disamping itu, ketika ini juga merupakan tahun yang agak sukar buat pelawak-pelawak di Malaysia.
“Agak sukar buat kami untuk meneruskan legasi atau kerjaya. Jika dahulu, pelawak berada di atas tapi kini ia berputar ibarat roda.
“Tugas kami sangat berat sekarang untuk kembali menaikkan industri komedi negara,” katanya.
Ads
Bekas penyampai radio Era itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media MLS4 di Auditorium CIDB, Cheras pada Ahad.
Katanya lagi, kemanangan ini juga akan menjadi pemangkin semangat buat kesemua anggota kumpulannya untuk menghasilkan karya komedi yang lebih baik selepas ini.
“Mungkin dengan kejuaraan ini, ia akan memberikan kami semangat untuk buat yang lebih baik.
Ads
“Saya harap peluang dapat diberikan bukan sahaja kepada saya tetapi juga buat pelawak-pelawak baharu dan berbakat yang mungkin tidak diberikan peluang untuk beraksi di depan TV,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Danial akui dia sedar dilema yang harus dihadapi oleh pihak stesen TV namun, mereka juga harus berani untuk memberikan kepercayaan kepada pelawak-pelawak ini untuk menghasilkan karya-karya komedi yang berkualiti.
Ads
“Saya faham pihak stesen tv mahukan rating tapi jika kita tidak berikan mereka peluang, kita tidak akan nampak bintang itu.
“Seperti mana kita melihat sifu-sifu seperti Zizan, Johan, Shuib, Sepah dan lain-lain, semuanya bermula daripada bawah tapi diberikan peluang
“Saya dan rakan-rakan lain akan terus beruasaha untuk majukan dunia komedi di Malaysia ini,” akhirinya.
Terdahulu, Sarkas telah dinobatkan selaku juara MLS4 seterusnya membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi.
Selain Danial, Sarkas turut dianggotai oleh seorang lagi pelawak, Shashic dan pempengaruh, Acap S.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Assalamualaikum semua. Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil,” tulisnya.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Malah, Ayda juga telah mencipta akaun Instagram buat anak keduanya itu.
Jelas Ayda lagi, dia dan suami mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan mengenai pemilihan nama tersebut.
Pada masa sama, Ayda turut memanjatkan doa semoga anaknya itu sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.
“Lama jugak memikirkan nama putera kecil kami, Aali Mateen ni. Semoga menjadi anak yang soleh sayang Mommy and Dadaa.
“Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua! Shaaaaayaaaaaang shemuaaaa,” ujarnya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Ayda turut berkongsi sebahagian wajah Aali untuk tatapan para pengikutnya di Instagram.
Sekadar informasi, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ustaz Ebit Lew memaklumkan telah membeli dua buah van dengan tujuan perkhidmatan untuk membawa jenazah manakala sebuah lagi dijadikan ambulans secara percuma bagi mereka yang memerlukan.
Sambil meminta doa ramai, Ebit turut mendedahkan sebelum ini dia agak sukar untuk mencari perkhidmatan menghantar jenazah ketika kematian ibunya.
“Doakan yer. Syukur baru beli 2 van nak beri khidmat percuma. 1 van jenazah dan 1 ambulan pada yang memerlukan tanpa apa-apa bayaran langsung.
“Dulu masa mak saya meninggal dunia. Susah sikit cari van jenazah. Akhirnya dapat van jenazah untuk bawa mak yang tercinta untuk disemadikan di kampung.
“Rindu mak sangat. Terima kaseh yang membantu masa menguruskan mak saya masa tu.
“Syukur saya beli van di Toyota dan ubai suai di Imarah auto sdn bhd. Terima kaseh Abang Mizey Bro Office Digital Print sponsor sticker yang cantik.
“Terima kaseh juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Terdahulu, van yang tertera nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia ini boleh digunakan oleh mereka yang memerlukan dengan menghubungi nombor tertera.
“Jika memerlukan khidmat van jenazah atau ambulan percuma untuk mereka tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900,” tulis Ebit lagi.
Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial menyambut baik usaha murni yang dilakukan pasukan Ebit Lew di samping mendoakan agar segala urusan kebajikan dipermudahkan Allah SWT.
Perkongsian sama turut dimuat naik Ebit pada laman rasmi Facebook miliknya.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir ada berkongsi beberapa video di Instagramnya yang melihatkan dia bersama ibu mertua dan rakan-rakan lain mengadakan doa selamat.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan alunan merdu kumpulan marhaban.
“Bukan semua ibu mertua dan menantu mempunyai hubungan yang renggang. Saya sangat bertuah kerana memiliki seorang ibu mertua yg penyanyang dan melayan saya macam anak sendiri..
“Sejak pregnant, kerap sekali ibu mertua buatkan majlis doa selamat for me and my baby. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Salam jumaat everyone. Swipe left,” tulisnya.
Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.