Sebut sahaja nama figura wanita yang satu ini, Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Bella Astillah pasti Nonarians terbayangkan si cantik kecil molek suri hati kepada Aliff Aziz ini.

Meskipun kini sudah berusia 29 tahun, namun penampilan jelitawan bertuit ini langsung tidak melambangkan usia sebenarnya. Malah, bella masih terlihat persis gadis belasan tahun!

Justeru, MH sempat bertanyakan kepada empunya badan, apakah ‘rahsia” kecantikkan asli yang dimilikinya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga. Ini petua yang dikongsikan Bella khas buat mereka yang bertubuh genit sepertinya.

5 Tip Kecantikan Yang Dikongsikan Bella Untuk Cantik ‘Luaran Dan Dalaman’

Tubuh Genit Langsing Bak Anak Dara Sunti, Beginilah Cara Bella Astillah Cantik Luar & Dalam! Tubuh Genit Langsing Bak Anak Dara Sunti, Beginilah Cara Bella Astillah Cantik Luar & Dalam!

“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri  kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stres-stres.

“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.

IKLAN

“Ketiga, rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.

“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”

Tubuh Genit Langsing Bak Anak Dara Sunti, Beginilah Cara Bella Astillah Cantik Luar & Dalam! Tubuh Genit Langsing Bak Anak Dara Sunti, Beginilah Cara Bella Astillah Cantik Luar & Dalam!

IKLAN

Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.

“Kelima, kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”

Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).

IKLAN

Semoga Bella Astillah kekal sweet dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Kredit Foto: Instagram Bella Astillah

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI