Macam-macam trend yang menjadi ikutan anak muda sekarang ini. Tempoh hari trend buat lesung pipit palsu dan yang paling terbaru trend tindik pipi pula.
Tren tindik pipi ini sedang menular di negara Thailand dan menjadi kegilaan anak muda di sana. Video tindik pipi ini telah dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook yang bernama Cindy Liang.
Sejak video ini dimuatnaik, tontonannya sudah mencecah lebih daripada 9 juta tontonan.
Dalam video yang berdurasi 20 minit ini telah merakamkan bagai mana proses menindik pipi ini dilakukan.
Ads
Lebih daripada 2,000 komen telah ditinggalkan di ruangan komen dan ada pengikut yang mengatakan mereka juga turut ingin mencuba menindik pipi ini selepas menonton video tersebut.
Ada juga yang memberikan komen lucu tentang menindik pipi ini.
Ads
Jom kita tonton video trend tindik pipi ini.
Ads
Pelbagai trend yang pelik-pelik zaman sekarang ini, tapi terpulang kepada masing-masing sama ada mahu turut serta mengikuti trend-trend ini ataupun tidak.
Sumber: Facebook Cindy Liang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang semalam telah menangkap seekor ular sepanjang 20 kaki bersamaan dengan enam meter.
Ular yang ditemui di kilang memproses ayam Bandar Baru Salak Tinggi itu adalah spesis Python Reticulatus.
“Sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota bergegas ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular sawa itu menggunakan penjerut.
“Ular berkenaan tidak bertindak agresif tetapi cuba melarikan diri,” katanya.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Khairuddin Jamaludin berkata ular itu kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan simpan jauh dari kawasan reptilia itu ditemui.
Sedikit info, ular jenis Python reticulatus atau dikenali juga ular Sanca Batik adalah jenis ular yang memiliki ukuran besar dan panjang berbanding dengan ular lain yang boleh mencapai 6 meter lebih.
Ular tersebut merupakan ular terpanjang di dunia. Ular terpanjang yang dianggarkan berukuran 6.95 m dan boleh mencapai berat maksima yang tercatat adalah 158 kg.
Ular tersebut juga boleh hidup sehingga lebih dari 25 tahun.
Selain itu, ular tersebut merupakan ular yang cerdas, sangat aktif, dapat bergerak dengan cepat, dan memiliki nafsu makan yang besar.
Sumber : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh baru-baru ini tentang bendera negara Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku panduan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Menteri Belia dan Suka, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan panggilan KJ telah tampil memohon maaf dan kesal atas perkara tersebut di akaun Twitter miliknya.
KJ telah membalas tweet daripada Imam Nahrawi di Twitter yang mengatakan pembukaan Sukan Sea 2017 ini sangat bagus namun amat menyakitkan adalah apabila bendera negaranya Indonesia dicetak terbalik.
“Pembukaan #SEAgame2017 yg bagus tapi tercederai dg keteledoran fatal yg amat menyakitkan. Bendera kita….Merah Putih. Astaghfirullaah…,” tulis tweet Imam Nahrawi.
Rentetan daripada tweet Imam Nahrawani itu, KJ telah memohon maaf dengan mengatakan perkara yang terjadi ini sama sekali tiada niat jahat kepada negara Indonesia.
“Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf,” balas KJ memohon maaf atas perkara yang berlaku.
Menurut sumber Bernama pula, Jawatankuasa Penganjur Malaysia Sukan SEA 2017 (MASOC) juga telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan yang tidak disengajakan.
“Kesilapan ini amat dikesali dan kami percaya hubungan erat antara dua negara ini akan lebih diperkukuhkan di bawah semangat Sukan SEA,” menurut kenyataan daripada sumber.
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin, Benama & BH TV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Macam-macam cara yang dilakukan oleh setiap insan yang kehilangan orang tersayang untuk terus mengingati cinta itu.
Bukannya tidak boleh ‘move on’ dengan kehilangan itu, tetapi salah satu cara meluah rindu.Kehilangan seseorang yang kita sayangi merupakan suatu perkara yang amat sukar untuk kita lalui. Apatah lagi banyak kenangan manis yang kita lalui bersama.
Perkongsian dari laman facebook wanita yang dikenali sebagai Ahteng Sepet dapat dilihat dia menjalani hari-harinya yang sarat dengan perasaan rindu terhadap arwah suaminya yang telah meninggal dunia.
Beliau yang baru sahaja kehilangan suami tercintanya kini sering memuat naik status luahannya di laman Facebook, itu mungkin caranya untuk menzahir serta meluahkan kerinduan terhadap suami yang sebelum ini sah menjadi khalifah baginya.
Terbaru, dia meluahkan rasa rindu terhadap arwah suaminya, Kapten Sazali Sakiran dengan melawat pusara untuk ’dating’ bersama dan meluahkan segala perasaannya.
“Nah, buat kawan-kawan yang rindu Kapten Sazali Sakiran. Aku dah sampaikan salam rindu korang kat abam misai aku. Harap-harap rindu tu sampai pada dia.
“Puas hati aku harini dua kali aku dating kat kubur. Punya panas cuaca hari ini, tapi aku tak peduli. Kalau boleh, aku bentang tikar pacak khemah tidur situ berhari-hari pun aku sanggup. Teringatkan bos aku punya petir, tak jadi aku nak ponteng kerja,” ujarnya diselangi dengan gelak ketawa.
Tambah Fatin, dulu dia punyai jasad yang boleh dia peluk dan cium serta tenung setiap hari. Kini, dia hanya cuma mampu melihat gambar dan tanah kubur arwah suaminya sahaja.
“Hah, aku pun nak berlagak juga. Siapa kata suami dah takde aku takleh ajak selfie?”
Menerusi video berdurasi 32 saat itu, Fatin menyampaikan mesej kepada teman-temannya dalam keadaan bergenang air mata.
Walaupun cuba mengukir senyuman dan berbicara dalam keadaan ceria, namun rasa kesedihan masih tidak dapat disembunyikan wanita ini.
Rata-rata netizen turut berkongsi rasa sayu di samping memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut supaya terus tabah dan mendoakan arwah suaminya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Siapa kita sebagai manusia mahu melawan takdir, tetapi bukan bermakna sebagai isteri, Fatin perlu mematikan perasaannya selepas pemergian insan tercinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.