Penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslow meluahkan rasa bangga apabila berkesempatan menonton persembahan secara langsung bekas anak didiknya, Agnez Monica baru-baru ini.
Menurut Melly, ketika duduk di barisan paling hadapan, dia seakan teringat kembali memori 19 tahun lalu sewaktu Agnez seringkali berkunjung ke rumahnya untuk mengadakan sesi latihan nyanyian.
“Akhirnya kelmarin berkesampatan nonton kamu @agnezmo live dan duduk paling depan. Ada rasa terharu melihat yang nyanyi di depanku adalah anak yang 19 tahun yang lalu masih dihantar mama dan kakaknya ke rumahku.
Ads
“Sekarang udah besar, cantik, pinter dan sangat sukses. Satu-satunya anak yang mulutnya gak pernah lepas dari nyanyi.
“Dulu di GINS studio dari jauh kita udah tau kalo dia datang, kerana nyanyiannya udah sampe duluan sebelum orangnya .
“Sukses terus ya Nez, aku seneng bisa jadi bagian kecil dari karirmu,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Melly turut meluahkan rasa gembira saat melihat tranformasi Agnez yang kini turut popular di bumi Amerika Syarikat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa terharu saat mengenang kembali keakraban dua nama besar industri nyanyian Indonesia itu.
Ads
Agnes atau lebih sinonim disapa Agnes Mo di industri muzik antarabangsa baru-baru ini telah diumumkan sebagai artis wanita paling kaya di Indonesia.
Sumber: Instagram Melly Goeslow
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Nina Nadira menerusi entri terkini menerusi Instagram ada berkongsi perkembangan diri selepas selamat bersalin anak pertamanya.
Katanya, semuanya berjalan lancar dan dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan diri dan bayi perempuannya yang diberi nama Nina Lilyanna Ahmad Farhan.
“Alhamdulillah. Thank you for all the wishes, finally gave birth to my little princess Nina Lilyanna Bt Ahmad Farhan.
“My labour went smoothly, thank you hubby for being my strongest support system, not sure if i can go through all that without you, love you both very very much,” tulisnya sambil dihujani dengan ucapan tahniah, termasuk rakan selebriti.
Untuk rekod, Nina yang kuga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 2014 dan Ahmad Farhan mendirikan rumah tangga pada akhir Julai 2017.
Foto: Instagram Nina Nadira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengejutkan ramai pihak selepas memadam semua gambar dan menukar profil gelap di Instagram, penyanyi terkenal Indonesia, Judika menjelaskan perkara tersebut merupakan gimik bagi mengumumkan konsert jelajah asianya.
Bagaimanapun, Judika mendedahkan gimik tersebut sedikit berlebihan dan ada perkara yang telah dilakukan tanpa dijelaskan kepadanya terlebih dahulu.
“Memang ramai yang bertanya. Bukan sahaja kawan-kawan tetapi juga menteri. Mereka memikirkan saya akan mengundurkan diri daripada dunia muzik.
“Jujurnya saya tidak pernah melakukan konsep seperti ini dan ia telah dirancang pihak pengurusan. Perancangan ini dibuat bagi memastikan konsert pertama saya di Malaysia dan konsert jelajah Asia akan sampai ke pengetahuan peminat.
“Mereka cadangkan untuk gelapkan profil Instagram dan memadam segala gambar. Saya sebenarnya tak biasa dengan perkara seperti ni. Jadi, saya setuju sahaja.
“Ketika hari kejadian, saya juga terkejut kerana rupa-rupanya posting tersebut turut disertakan dengan kapsyen seolah-olah saya akan pergi dan buat netizen berfikir yang bukan-bukan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Rayuan Gombal itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin.
Jelas Judika lagi, dia sebenarnya terharu melihat respon rakan-rakan artis dan peminat yang sayang dan risau terhadap dirinya ketika itu.
“Disebabkan kejadian ini, rakan-rakan artis seperti Ari Lasso dan Anang terus mencari saya. Malah, saya sempat matikan telefon untuk beberapa jam kerana tak sangka resonnya akan menjadi sebegitu.
“Saya sempat memarahi pihak pengurusan kerana konsep ini tidak menggambarkan diri saya. Dari sisi lain pula, saya sangat terkejut melihat ramai yang menyayangi saya. Saya jadi terharu.
“Saya ini seorang yang tak peduli hal lain selain kerjaya muzik. Saya cuma mahu berkarya dan tidak memikirkan tentang sensasi. Orang suka atau tidak, saya tak kisah.
“Rupanya cinta mereka ini sangat dalam. Ada menangis dan ada juga berfikir terlalu jauh,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai respon segelintir pihak yang kurang senang dengan gimik promosinya itu, Judika berharap ia dapat dilihat dari sudut positif.
“Kalau mereka benar-benar peminat, mesti mereka nampak tujuan saya ini. Saya ingin berikan sesuatu yang istimewa buat mereka. Jangan melihat daripada sudut negatif.
“Bila nampak saya okay, mereka sepatutnya gembira daripada terus memikirkan perkara yang tak baik.
“Saya pun dah bercakap kepada pihak pengurusan, selepas ini, kalau ada perancangan apa-apa, tolong jelaskan perkara yang sebenar,” akhirinya.
Terdahulu, Konsert Rockmantic Night Judika & The Gang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 21 Oktober depan.
Malah, Judika turut mengundang penyanyi Marsha Milan, Shila Amzah dan Haqiem Rusli untuk berkolaborasi dengannya di konsert itu nanti.
Tiket dijual bermula pada harga RM188 (Silver), RM248 (Rockzone Standing), RM299 (Gold), RM348 (VIP Rockzone Standing), RM388 (Platinum) dan RM799 (VIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun dalam keadaan tidak sihat dan baru sahaja menjalani rawatan radioterapi baru-baru ini, namun penyanyi, Elyana masih boleh tersenyum dan kelihatan ceria.
Terbaru, Elyana ada berkongsi pengalamannya selepas menjalani rawatan menerusi Live Instagram di akaun media sosialnya itu.
“Selesai sahaja rawatan ini, mulut saya dipenuhi ulser dari bahagian dinding pipi sehinggalah ke tekak. Pada masa sama, saya susah nak makan dan minum,” katanya.
Jelas penyanyi berusia 31 tahun itu lagi, dia mengalami kesan sampingan disebabkan rawatan itu.
“Radioterapi itu sangat panas, jadi kulit saya terbakar, hitam, kusam dan rambut mulai gugur dan berminyak. Dinding pipi saya ni rasa macam ‘bergerigi’ dan macam pecah. Kebiasannya dinding pipi ni licin, tapi skrg saya rasa sangat berbeza,” katanya sambil menahan sakit.
Menerusi Live Instagramnya itu, Elyana mengenakan baju T-shirt putih dan memakai topi hitam untuk menutup bahagian rambut depannya (fringe) yang dianggap rimas.
Bagaimanapun, Elyana masih boleh tersenyum dan berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Semoga doa-doa ini jugalah kembali kepada anda, ada juga yang buat solat hajat, terima kasih banyak-banyak,” katanya terharu.
Video : Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, tampil memberi penjelasan berhubung kejadian kereta jenis Toyota CHR berwarna kuning miliknya yang ditunda oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.