Tom Hanks Dan Isteri Sah COVID-19

Share

Bintang Hollywood, Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson mengesahkan mereka dijangkiti COVID-19 menerusi laman Instagram.

Menerusi muat naiknya, pelakon Cast Away ini mengatakan dia dan isteri mengalami simptom keletihan, demam, sakit badan dan selesema ketika berada di Australia.

Malah kedua-duanya menjalani ujian saringan dan mendapati ia positif jangkitan COVID-19.

Pasangan ini akan dipantau dan dikuarantin untuk satu tempoh masa sehingga dibenarkan keluar.

Difahamkan, mereka dijangkiti virus berkenaan ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan legenda rock ‘n roll, Elvis Presley di Australia.

Foto : Instagram Tom Hanks

IKLAN