Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin ada berkongsi rakaman video pelakon, Afdlin Shauki yang memohon bantuan ramai bagi membantu siasatan hingga menyebabkan kematian adiknya, Jefri Adzman petang semalam.
Terdahulu, Allahyarham Jefri dikatakan mengalami pendarahan di bahagian otak sebelum menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Thomson, Kota Damansara.
Berita tersebut turut dimaklumkan bintang senior itu menerusi Instagram.
Semalam, pelakon Bikers Kental itu menerusi IG TV ada meminta bantuan ramai untuk mengesan kenderaan jenis Perodua Myvi rona hijau yang dipercayai melanggar Jefri pada petang Ahad lalu.
IKLAN
Afdlin ada meminta kepada sesiapa yang mempunyai rakaman ‘dashcam’ dan menjadi saksi kejadian untuk menghubunginya.
Pada masa sama, Afdlin turut menunjukkan lokasi nahas yang dipercayai berlaku berhampiran lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petronas, Kota Damansara.
Foto: Instagram Sarah/Afdlin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi, menzahirkan rasa bangga diatas pencapaian yang diraih oleh pelakon, Remy Ishak setelah dia dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).
Menurut Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil, kejayaan yang diraih bintang tersebut mengingatkannya kembali saat pertama kali dia bertemu dengan Remy yang ketika itu bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah hotel di ibu kota.
Katanya lagi, Remy juga sempat menyapanya dan menyatakan hasrat untuk menjadi seorang pelakon yang disegani satu hari nanti.
“Dia pernah datang kat Pak Nil masa dia jadi waiter kat Mandarin Oriental dan bagitahu dia nak jadi pelakon!
“Sekarang dia adalah SENIMAN TERBAIK!!
Paknil tidak akan berhenti cerita Azam @remyishak sebagai contoh sebenar MEMBURU IMPIAN. Tahniah dik!,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Aznil menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon filem, Sangkar itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat Aznil yang selama ini banyak memberikannya semangat untuk terus berjuang di dalam industri seni tanah air.
“Alhamdulillah Pak Nil, dapat juga saya pegang piala FFM ni. Bukan senang nak dapatkan anugerah ini. Pak Nil pun tahu saya bermula daripada mana.
“Pak Nil tahu macam mana perjalanan seni saya. Dan Alhamdulillah, semalam bila diiktiraf oleh FFM dan diberi penghargaan seperti ini, sukar nak digambarkan.
“Terima kasih Pak Nil atas doa-doa dan kata semangat yang diberikan kepada saya selama ini. Kata-kata Pak Nil buatkan saya selalu nak berusaha ke arah yang lebih baik. Inilah hasilnya. Terima kasih Pak Nil,” luah Remy.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen turuja mendengar kisah tersebut selain turut menyifatkan Remy sememangnya wajar untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.
“Dia tak lupapun pada Pak Nil. Allah bagusnya Remy ni.
“Wow tak sangka Bang Remy dulu waiter. Tahniah Bang Remy.
“Alhamdulillah, tahniah Abang Remy. Tak lupa pada kata-kata nasihat Pak Nil. Ni baru betul saling menghargai. Tak lupa diri.
“Merendah diri orangnya walaupun dah berjaya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Remy telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM-31 menerusi filem, Sangkar.
Sebelum ini, Remy pernah tercalon sebanyak tiga kali sepanjang penganjuran FFM.
Namun edisi ke-31 kali ini merupakan kemenangan pertamanya sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan tanah air.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meluahkan kesyukuran dikurniakan dua zuriat menyerikan kehidupannya bersama Shaheizy Sam, Syatilla Melvin mengakui meski rutin harian berubah 360 darjah, namun itulah hadiah paling bermakna dari Allah SWT.
Bekas finalis Dewi Remaja itu berkongsi rasa menerusi salah satu postingnya di Instagram.
“Bila dh ada anak2 ni kan, hidup kita 360’ berubah! Walaupun depa kecik dan belum faham pasai hidup pasai dugaan tpi anak2 ni lah yg bukak mata kita ibu bapak supaya jadi lebih baik utk diri sendiri dan utk depa.
“Allahuakhbar betapa powernya hadiah2 dari allah ni, sebb anak2 jugak aku kerja lebih keras dari dulu, sebab anak2 la aku belajaq utk besabaq!!
“Bukan senang utk jadi org yg penyabaq, kadang2 kantoi teruk jugak!” tulisnya.
Pelakon berusia 28 ini turut memohon doa agar anak-anaknya dipelihara darioada sebarang musibah.
“Betul lah org kata, anak2 ni pengikat kasih syg antara kita dan laki kita. Nak buat apa pun lani,semua pikiaq anak dulu.
“Aku harap bila depa dh faham nnti,depa boleh terima yg depa ada bubu yang kepala otak tak berapa nak betoi, syeriv pun duk nampak dah sikit2 dia punya xbetoi tu.
“Moga allah pelihara dan lindungi anak2 aku. Aku rela semua sakit mai pindah kat aku dari anak2 aku yg merasa..amin ya allah,” kongsinya panjang lebar.
Tersentak menerima mesej seseorang yang mengecam tindakannya berniaga, pelakon versatil Zara Zya akui rasa kecewa.
Lebih-lebih lagi apabila ia turut mengaitkan keluarga.
Kongsi Zara, dia berusaha menambah pendapatan bagi membantu keluarga yang banyak bersusah payah membesarkannya.
“Hina sgt ke kalau saya nak meniaga? Tak tau la kenapa, tapi ayat yg dia tulis tu betul2 buat saya sedih sgt.
“Saya sedar saya ni bkn hebat sgt meniaga. Tapi apa salah saya?
“Siap ckp pasal family saya.
“Kalau kritikan tu utk saya je, saya blh terima, tapi bila sentuh bab family, memang saya sedih sgt.
“Saya takkan lupa betapa susahnya parents saya cari rezeki siang malam untuk bagi kami adik beradik makan, pakai dan pelajaran yg cukup. Ni la masa utk saya balas balik utk parents saya.
“Saya kena tipu, bkn org tau. Saya tak tido pun takde sapa tau. Takkan saya nak canang cerita pulak kesusahan saya?,” tulisnya.
Wanita berusia 33 tahun ini juga mengakui tidak kuat apabila menerima kecaman dan meminta insan tersebut berjumpa dengannya untuk berbicara.
“Produk saya tu tak haram. Sampai hati ckp mcm tu. Kalau berani, jumpa saya depan2 lah. Apa yg dia sakit hati sgt dgn saya?
“Bila jadi mcm ni, saya jadi tak kuat,” kongsi Zara lagi.
Lalu, peminat serta rakan artis lain turut sama memberi kata-kata semangat agar dia terus bangkit dan biarkan ‘anjing terus menyalak bukit.’
Menasihati agar dirinya terus bersabar, ada peminat yang meminta Zara agar tidak melayan komen berunsur negatif yang hanya menambah masalah dalam hidup.
Foto – Instagram Zara Zya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak beberapa haru lalu, nama pelakon, Siti Khadijah Halim menjadi perhatian ramai selepas lakonannya di dalam drama Wanita Syurga memberikan kesan kepada penonton.