Berikutan persediaan konsert Jay Chou sehingga menyebabkan 21,000 tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan, akaun Facebook bintang dari Taiwan itu ‘diserang’ segelintir penyokong skuad Harimau Malaya.

Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan Jay Chou yang bakal melangsungkan konsertnya pada 15 Januari ini sehingga menyebabkan mereka gagal mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) AFF 2022 berdepan Thailand, Sabtu ini.

Malah, mereka juga menuntut Jay Chou supaya menangguhkan konsert terbabit bagi memberi laluan untuk ‘pemain ke-12’ memberikan sokongan kepada kepada pasukan Malaysia

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman Instagram dilihat sedikit berbeza.

Kebanyakkan daripada mereka menzahirkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir rakyat Malaysia yang disifatkan sebagai memalukan.

Lantaran itu, mereka juga meminta agar
rakyat Malaysia berhenti mengecam Jay Chou kerana perbuatan tersebut boleh memberikan imej yang buruk buat negara.

IKLAN

“Malaysia, tolong jaga imej kita. Apa sahaja yang kita komen mencerminkan negara kita. Sila berfikir secara rasional sebelum memberikan sebarang komen. Jay tak buat salah apa pun. Dia cuma artis dan penghibur. Kenapa nak cakap yang buruk kepada dia sedangkan ia masalah daripada pihak pengurusan?

“Konsert dia dah postpone tiga tahun sebab Covid-19 dan tarikh sudah lama dutetapkan. Konsert dia bukan orang Malaysia je tengok, dari luar negara pun ada. Kalau nak postpone atau batal, anda rasa wajar ke? Orang yang dah beli tiket awal-awal tu macam mana?

“Sila komen dengan rasional. Tunjukkan kualiti kita sebagai Malysia. Jangan salahkan orang yang tidak bersalah. Sekian terima kasih.

IKLAN

“Kepada rakyat Malaysia, tolong jadi matang. Dah besar kan? Bukan budak kecil. Jangan malukan negara kita.

“Kenapa pula korang maki dia? Bukan salah dia pun. Ni memang karier dia sebagai penghibur. Patut korang tanya kepada pihak pengurusan stadium. Make sense la juga,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sebagai rekod, tidak sampai sehari penjualan dibuka, semua tiket bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini habis dijual.

IKLAN

Terdahulu, menerusi ciapan di Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa 21,000 kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa.

“Makluman, booking stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022.

“Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew+185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu. Mereka dah delay 2.5hari bagi ruang AFF,” ujarnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Facebook Jay Chou

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI