Mengenali si cantik manis, Neelofa, sememangnya seorang yang cukup berahsia. Bukan mahu terlalu menyorokkan kisah peribadinya daripada menjadi tatapan khalayak umum cuma dia ada alasan sendiri.

Dia selesa untuk berkongsi kisah kerjaya seni dan perniagaannya yang semakin melebar sayapnya. Malah dia juga tidak mahu terlalu mendedahkan kehidupan hariannya dalam media sosial termasuk kisah cintanya.

Terdahulu,hangat kisah cintanya bersama pelakon kacak Fattah Amin menular di media sosial. Namun,kini kisah cinta itu sudah lama berakhir.

Ads

Tetapi, sehingga hari ini nama Fattah Amin sukar untuk tidak dikaitkan dengan Neelofa. Ramai peminat yang masih menaruh harapan besar kedua-dua bintang popular ini bersatu dalam ikatan cinta walaupun sekarang dilanda deman #fattzura.

Kisah cinta antara mereka sering dibangkitkan. Neelofa kini sudah agak mulai rimas dan pening kerana asyik dikaitkan dengan Fattah Amin kerana hampir lebih setengah tahun ia berlaku.

Ads

“Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tidak ada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal tersebut.

“Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu (kisah dengan Fattah).

 

Ads

“Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar. Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap agar semangat Ramadan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah ‘begini’ dibangkitkan,”katanya kepada Utusan Mingguan mengenai perkara itu.

Neelofa yang sudah ‘move on’ dan tidak sesekali berasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana dikelilingi orang yang tersayang. Nampaknya peminat sudah boleh berhenti mengaitkan mereka berdua.

Sumber : Utusan Mingguan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI