“Toksey Balik Pun,” – Neelofa Tegas Jangan Balik Kampung, Kongsi Statistik Kes COVID-19 Itali…. Tak Ubah Seperti Malaysia

Share

Pengacara Neelofa meluahkan kebimbangan apabila peningkatan ketara kes jangkitan wabak COVID-19 di Itali menyamai statistik yang ditunjukkan oleh Malaysia. Malah, peningkatan daripada 13 Mac sehingga ke hari ini melebihi kes yang didapati negara tersebut. Lebih-lebih lagi Itali mencatatkan jumlah kematian 475 kes pada 18 Mac dan menjadikan jumlah keseluruhannya 2978.

Jelas bekas pengacara Meletop itu, rakyat Malaysia perlu sedar sebelum semuanya terlambat.

“Tengok kenaikan nombor tu, tak banyak beza kan ? Sedar lah rakyat Malaysia, sebelum terlambat,” luahnya.

Netizen turut memuji sikap prihatin usahawan ini dalam usaha menjangkau perhatian masyarakat umum dengan penggunaan Bahasa Melayu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan merayu agar rakyat Malaysia duduk di rumah. Jelasnya ‘Tolonglah. Stay put where you are’.

Foto : Instagram Neelofa

IKLAN