Tokoh korporat, Tan Sri Ananda Krishnan telah dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
Perkara itu disahkan syarikat pegangan pelaburan Malaysia, Usaha Tegas Sdn Bhd dalam satu kenyataan pada Khamis.
“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam.
Ads
“Mediang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024,” tulis kenyataan tersebut.
Ads
Dilahirkan pada 1 April 1938, hartawan dan dermawan ini terkenal dengan usaha niaganya yang besar seperti syarikat rangkaian telekomunkasi, Maxis Berhad dan juga syarikat penyiaran, Astro.
Ads
Mendiang merupakan salah seorang tokoh penting yang banyak memberi sumbangan kepada dunia korporat dan Pembangunan negara.
Tahun ini dalam senarai yang dikeluarkan Forbes, Ananda Krishnan merupakan orang keenam terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai $4.8 bilion.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap wanita, khususnya seorang yang bekerjaya dan perlu menguruskan rumahtangga dalam masa sama, mesti pernah berhadapan dengan titik terendah dalam kehidupan masing-masing.
Ini kerana tidak semua hari yang dilalui akan berjalan dengan lancar, ada kalanya sebagai wanita kita juga hanyut dilambung badai emosi.
Terutamanya, ketika kita merasakan diri kita tidak cantik dan tidak berguna berbanding orang lain. Sehinggakan rasa ‘insecure’ nak keluar rumah kerana tidak yakin dengan diri sendiri. Begitu juga dengan apa yang dialami ersonaliti TV, Daphne Iking.
Jadi, MH bertanyakan pandangan Daphne Iking, apa yang dilakukanya ketika dia merasa tidak yakin dengan dirinya sendiri? Ini perkongsian beliau tentang kecantikan dan cara dia memulihkan keyakinan dirinya kembali!
Menurut Daphne, sebagai wanita mempunyai emosi yang turun naik adalah perkara biasa yang dihadapi oleh setiap kaum hawa. Terutama sekali wanita yang sudah bekerjaya dan perlu menguruskan sebuah institusi keluarga.
“Kadang-kadang ada hari yang kita rasa macam tak best, rasa kulit kita tak flawless.We just had a bad night. Adakalanya kita rasa kalau boleh tak mahu keluar rumah, sebab kita rasa tak cantik, tak confident, dan Daphne rasa semua orang pastinya ada lalui hari-hari macam tu kan.
“Tapi bagi Daphne, jika ia melibatkan kerjaya, seorang wanita itu harus bersikap professional, begitu juga dengan saya. I just has to paint my face, you know shrugged it off, sale it a pair and just go on about the day,” katanya.
Daphne akui, adakalanya dia juga mengalami fasa-fasa badmood kerana bergaduh dengan suami, atau ketika anak-anaknya tidak sihat. Tapi, sebagai wanita dirinya harus kuat dan perkara pertama yang dilakukan disaat merasa lelah, adalah dengan melakukan senaman.
Menurut Daphne lagi, dengan melakukan senaman ia akan meransang hormon dan emosi seseorang menjadi lebih baik dari sebelumnya.
“Kerana kalau kita bersenam, kita akan rasa macam endeavour, ia sesuatu yang berkait rapat dengan hormon dan akan membantu diri kita merasa lebih baik terhadap diri sendiri.
“Tak perlu pun bersenam atau jogging sampai berjam-jam, untuk menaikkan kecantikan dalaman, cukup sekadar melakukan senaman ringan (light stretching) selama 10 hingga 20 minit dan ia akan membuat anda rasa lebih bagus. Kerana kecantikan hanya akan bersinar apabila ia datang dari dalam,” jelas Daphne.
Mengulas lanjut, Daphne berkata tiada guna jika seorang wanita itu luaranya cantik bersolek, lengkap bulu mata dan memakai kanta lekap pelbagai warna tetapi dalamanya tidak cantik, sentiasa beremosi sedih hingga tiada keyakinan diri.
Jadi, senaman ringan ini ibarat quick booster bagi Daphne, sekaligus membantu wanita diluar sana untuk rasa lebih cantik dan baik tentang diri sendiri!
“Sekurang-kurangnya dalam diri anda akan berasa lebih baik. Ya, saya baru sahaja melakukan 10 minit senaman pantas, regangan dan sebagainya dan itu membuatkan saya rasa gembira, it’s a quick booster,” tegas Daphne.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan pelakon, Kiah Propa, 45, tamatkan kembali zaman solo apabila sah bernikah semula dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, 57, dalam sebuah majlis sederhana baru-baru ini.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas suaminya itu didiagnos kanser leher, kira-kira seminggu lalu.
Malah Kiah sendiri yang melamar suaminya demi memberikan sokongan dan semangat.
Majlis pernikahan tersebut dirancang dalam tempoh seminggu dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
“Selama lapan tahun ini dia ajak saya untuk kembali bersama tapi saya tidak mahu bukan kerana selesa hidup bersendirian.
“Tapi selepas dia disahkan kanser tempoh hari, saya lamar dia kembali dan segala persiapan dilakukan dalam masa seminggu,” jelas kiah, lapor mStar.
Pengacara wanita itu juga turut menjelaskan, hubungan mereka juga dalam keadaan baik-baik sahaja sebelum ini.
Tambah Kiah lagi, perkahwinan ini juga bagi mengelakkan fitnah selain memudahkan dirinya untuk menguruskan suami.
“Hubungan kami baik selama ini, dia juga membantu saya berniaga ke mana-mana. Dia ada ketika susah senang saya. Tak akan saya nak biar dia tanggung kesakitan seorang diri,” katanya lagi.
Selepas kembali menjalani kehidupan sebagai isteri, dia berhasrat untuk memberi perhatian terhadap status kesihatan suaminya yang kini sedang menjalani pelbagai fasa rawatan.
“Kalau dalam darurat bolehlah pegang sekali dua, tapi tak akan nak pegang selalu kalau kerap sakit tentu rasa tak selesa.
“Sebelum ini dia datang ke rumah sekejap-sekejap itu biasa tapi kalau sakit dia duduk di rumah saya tentu undang fitnah,” katanya lagi.
Imbas kembali, Kiah dan Mohd Amiruddin sebelum ini pernah berkahwin pada tahun 2011.
Sepanjang perkahwinan pertama itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didakwa pada Khamis di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Petik Sinar Harian, syarikat minuman dan dua pengarahnya, yang diwakili Shahmira Muhamad (Shuib), 40, dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.
Mengikut semua pertuduhan, semua OKS didakwa masing-masing enam pertuduhan, gagal membayar cukai itu bagi tempoh bercukai 1 Januari sehingga 1 November 2023, sebagai mana ditetapkan bawah Seksyen 26(4) akta sama.
Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) di sini antara 1 April 2023 dan 1 Februari 2024.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(8) akta itu, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikenalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri sementara semua OKS diwakili peguam, Muhammad Firdaus Shaik Alauddin.
Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan setiap OKS diberi ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan alasan, cukai yang belum dibayar adalah tinggi mencecah jutaan ringgit.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili OKS berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa di sepanjang kes ini disiasat selain tiada keadaan mendesak sehingga memerlukan mahkamah menetapkan ikat jamin.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rasyihah membenarkan semua OKS diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember depan.
Pada Isnin lalu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi Amira Othman menegaskan dia dan suaminya, Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sebuah akaun media sosial yang didakwa telah lama menyebarkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.