Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada bulan Mac yang lalu.

Tak dapat dinafikan, kegembiraan Siti menimang cahaya mata ini turut dirasai oleh seluruh peminatnya dan puterinya, Siti Aafiyah menjadi tumpuan masyarakat.

Terbaru menerusi perkongsian Siti di akaun Instagramnya, dia telah berkongsi berat badannya kini sudah turun sebanyak 14 kilgoram selepas 17 hari melahirkan Siti Aafiyah.

Tambah penyanyi ini lagi, faktor yang menyebabkan berat badannya turun adalah kerana dia sering berjaga dan menyusukan Siti Aafiyah.

IKLAN

“Alhamdullillah, Harini hari ke 17 ibu & Siti Aafiyah selepas bersalin .. Dato’ Dr. Vernon (baby)& Datin Dr Suhaiza(ibu) happy dengan perkembangan kami berdua.. Ibu happy sebab dah susut 14kg ?( sbb berjaga & aafiyah kuat minum susu ibu) tq anak ibu tolong ibu… Alhamdullillah ??,” tulisnya.

Wah tahniah MH ucapkan buat Siti yang berjaya menurunkan berat sebanyak 14 kilogram. Semakin cantik dan langsing MH tengok ibu Siti Aafiyah.

Rata-rata peminat Siti juga menerusi ruang komen perkongsiannya juga turut seronok melihat Siti yang sudah semakin langsing.

IKLAN

ryzsu: Alhamdulilah tok ti dah slim nmpk muda! Tk care ibu dan anak. Cantiknya @ctdk ??

shaliadiana81: @ctdk Wahh kembali ramping..teruskan df aafiyah..baby dpt khasiat ibu dapat jga badan kann..alhamdulillah

IKLAN

lilrayyanboutique2: Kurusnya @ctdk? keep on breastfeeding!bagus ???

harimaumaharaja: Slim dah penyanyi kesayangan saya ni.

Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI