Pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz mengesahkan berita mengenai dirinya yang tidak menyambung kontrak bersama stesen radio Suria FM.

Zulin atau nama lengkapnya, Farah Azleenda Abd Aziz menerusi Instagram berkongsi, dia akan ke udara menerusi segmen Suria Pagi buat kali terakhir minggu hadapan sebelum kontraknya bersama stesen radio berkenaan tamat.

“Menjadi penyampai @suriamalaysia adalah satu tanggungjawab,pengajaran dan pengalaman yang cukup luar biasa. Semua seperti family.saya rasa istimewa bila bersama mereka apatahlagi berkongsi cerita dengan pendengar2. 

 

“Tapi terlalu banyak hal yang saya harus focus selepas ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak menyambungnya. Terus menyokong suria fm ya?,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang berkenaan turut mengakui meski tidak lagi akan bersama Suria FM pada masa depan, namun stesen radio tersebut tetap sentiasa di hati.

IKLAN

“Walau saya bukan lagi penyampai suria tapi mereka tetap dihati saya. Saya nak meluangkan masa sepenuhnya dengan sahabat2 disuria. Masih tinggal lagi seminggu sebelum saya berhenti. Doakan dan terus menyokong karier saya ya? 

 

“Tidak di radio,tapi masih di tv,masih juga di hati mu ecewah,muah,” dedah Zulin baru-baru ini yang sekali gus mendapat reaksi berbeza di kalangan para peminatnya.

Terdahulu, Zulin menyertai Suria FM sekitar dua tahun lalu.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BkZYpDdHMEU/?hl=en&taken-by=zulinaziz

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI