Ketua juri program Gegar Vagaza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS menyifatkan ketiadaan penyanyi Dina Nadzir di pentas susulan pemergiaan bapanya, Mohd Nadzir Gulam Kadir, pada Ahad sebagai suatu perkara yang di luar bidang kuasa.

Ramli berkata, sebagai juri mereka memahami akan situasi sukar yang berlaku kepada mana-mana peserta sepanjang pertandingan.

“Timbang rasa itu perlu ada sebagai manusia. Semalam (Sabtu), saya tidak perasan. Saya ada tegur mengenai cara nyanyiannya. Kenapa menyanyi macam tu? Tapi ketika saya tegurnya itu, dia menerima panggilan.

“Waktu itulah kami baru tahu bapanya ketika itu tengah nazak. Saya jarang marah penyanyi, tapi saya sebagai pengarah muzik dan peranan saya untuk mendidik, saya perlu berkeras.

“Kemudian bila dapat tahu mengenai perkhabaran tersebut, kami just ‘cut off’ (hentikan sesi latihan). Bila hal itu berlaku, saya memahami dan turut bersimpati atas kehilangan arwah bapanya.

IKLAN

“Lalu pihak Astro mengambil pendirian bertimbang rasa itu… we just cannot drop her tanpa bertanding. Kami sepakat dan faham bahawa tiada penyingkiran,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan;

Elly Mazlein Ulas Isu Lama Dengan Ramli MS ; “Hubungan Sangat Baik, Sudah Boleh Bergurau.”

IKLAN

Ramli MS Ulas Sebab Hazrul Nizam Raih Markah Rendah; “Itu Nervous, Stage Fright.”

“Its Not Good, Kalau Kamu Pamerkan Orang Punya Keburukan,” – Bukan Nak Sebelahkan Ning Baizura, Tapi Ini Ulas Ramli MS

IKLAN

Terdahulu, media melaporkan bapa penyanyi lagu Malu Tapi Mahu itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi Ahad.

Allahyarham meninggal dunia akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey.

Mickey memaklumkan, arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah paru-paru.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI