Selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu, penyanyi dan pengacara Mimie Haris mengharapkan agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mimie atau nama sebenarnya, Norshamimi Ahmad Haris, 32, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Khairril Anuar Md Dahilin yang juga duda anak satu.

Berkongsi detik perkenalan, Mimie berkata dia dan suami mempunyai lingkungan kawan yang sama malah mereka turut berkongsi hobi serupa iaitu bermain golf.

“Sebenarnya kami kenal daripada mutual friends kami berdua selain memang berkongsi minat yang sama iaitu bermain golf.

“Dari situ kami mula rapat dan apa yang membuatkan saya tertarik dengan suami ialah dia seorang yang sangat menghormati orang tua.

IKLAN

“Dia bukan sahaja hormat ibu bapa saya, malah dengan saudara mara saya. Malah, semua saudara mara sangat menyenangi sikapnya itu.

“Saya mengharapkan perkahwinan kali ini kekal hingga ke akhir hayat, iya lah siapa yang kahwin untuk bercerai kan,” katanya ketika dihubungi MH.

Mimie juga bersyukur hubungannya dengan anak tiri sangat baik termasuk boleh berkawan dengan bekas isteri suaminya.

IKLAN

“Hubungan saya dengan anak tiri sangat baik, dia pun panggil saya ‘mummy’.  Dia sangat matang walaupun berusia 10 tahun. Malah, hubungan saya bersama bekas isterinya juga baik.

“Menerusi perkahwinan terdahulu, saya berdoa dikurniakan cahaya mata, dan Alhamdulillah, Allah beri rezeki menerusi perkahwinan ini (anak tiri),” katanya lagi.

Berkongsi lanjut mengenai perancangan bulan madu, Mimie berkata buat masa ini, dia dan suami sudah kembali sibuk dengan kerja masing-masing.

“Buat masa sekarang memang kami sudah kembali sibuk dengan kerja. Kami hold dulu perancangan bulan madu sebab sekarang cuaca pun tidak menentu.

IKLAN

“Kalau ikutkan saya sukakan tempat yang beri ketenangan, macam pulau.  Nanti bila keadaan cuaca dah kembali okay, baharulah kami akan fikirkan untuk berbulan madu ke mana,” katanya lagi.

Mimie yang merupakan pengacara program Wow Shop ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020 namun jodohnya tidak panjang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI