Sebagai seorang wanita, sudah pasti antara perkara utama yang dititkberatkan adalah kecantikan. Terutamanya jika anda merupakan wanita bekerjaya yang sering berurusan dengan orang lain atas tuntutan kerja.

Sebagai seorang ‘public figure’ pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman atau nama pentasnya Mira Filzah yang cukup terkenal kerana memiliki kecantikan semulajadi hingga membuatkan banyak mata terpesona melihatnya.

Malah, Mira juga tidak terkecuali mengalami masalah kecantikan seperti jerawat dan kulit kusam. Namun, usah khuatir! Kerana pelakon jelita, Mira Filzah mempunyai remedy tersendiri menyelesaikan masalah ini.

Ini tiga tips mudah, untuk para wanita kekal kelihatan segar sepanjang hari meski ketika sedang bekerja.

1. Minum Banyak Air Masak

Tiga Remedi Mudah Ini, Amalan Mira Filzah Kekal Cantik Sepanjang Hari

“Lagi satu tips yang saya selalu amalkan adalah lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman manis.

IKLAN

“Tak kiralah air manis itu rasa sedap macam mana pun, tapi air masak jugalah yang paling baik dan bagus untuk badan kita.

“Yang paling penting, itu merupakan antara cara mudah untuk mengekalkan kelembapan kulit kita supaya tidak kelihatan kusam,” ujarnya.

2. Jangan Culas Pakai Krim Pelindung Matahari Dan Pelembab

Tiga Remedi Mudah Ini, Amalan Mira Filzah Kekal Cantik Sepanjang Hari

“Kadang-kadang jika shooting outdoor seperti di kawasan kampung, suasana di sana agak panas dan menyebabkan kulit muka menjadi kering.

IKLAN

“Jadi untuk pastikan kulit sentiasa nampak segar, saya tidak mengguna petua yang susah, cukuplah dengan hanya memakai krim pelindung matahari dan juga pelembab,” jelasnya.

Selain itu, Mira juga mengingatkan wanita di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.

Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.

3. Pastikan Cuci ‘Make Up’ Dengan Bersih

Tiga Remedi Mudah Ini, Amalan Mira Filzah Kekal Cantik Sepanjang Hari

IKLAN

“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih

“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.

Dah tahu cara nak elakkan muka kusam kan? Jangan lupa amalkan apa yang disarankan oleh Mira tu ya. Barulah lepas ni kulit tak nampak lesu dah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber foto: Instagram Mira Filzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI