Tahniah buat produksi filem Abang Long Fadil 2 yang berjaya meraih kutipan RM16 Juta dalam masa hanya tiga minggu ditayangkan sejak 24 Ogos lalu.

Wow. MH Online turut berbangga dengan kejayaaan filem tempatan kita, Abang Long Fadil 2 ini. Ini satu angka yang amat memberangsangkan.

Jumlah tersebut sekali gus berjaya mengatasi kutipan filem pertama iaitu Abang Long Fadil jika dibandingkan mengikut hari tayangan.

Selain itu, kutipan tersebut dalam masa yang sama turut mengetepikan filem-filem dari luar negara.

Lebih menarik, filem ini berjaya menempatkan diri di kedudukan pertama carta mingguan filem di Malaysia meskipun terpaksa berhadapan dengan filem-filem antarabangsa hebat yang lain.

Ini sekaligus membuktikan ALF 2 telah mengembalikan kepercayaan penonton terhadap filem tempatan.

Dalam pada itu, sebelum ini filem ini hanya ditayangkan di 130 buah pawagam saja, namun jumlah ditayangkn semakin meningkat kepada 135 buah pawagam termasuk di Brunei dan Singapura.

IKLAN

Dengan pencapaian yang sungguh hebat ini, pengarah muda Syafiq Yusof turut menyatakan rasa syukur terhadap sambutan yang diberikan oleh peminat filem tempatan.

Filem terbaru Skop Productions dan Astro Shaw ini juga mendapat ribuan ucapan daripada peminat.

Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Abang Long Fadil 2 adalah sebuah filem aksi komedi yang dibintangi Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey, Shuib, Tania Hudson dan A Galak.

IKLAN

Di Instagram milik Zizan Razak juga, dia sempat bertanya kepada peminatnya adakah perlu adanya Abang Long Fadil 3.

Tiga Minggu RM16 Juta! Tahniah Abang Long Fadil 2

Perkongsian pelawak itu telah menerima lebih daripada 51,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya berkata YA PERLU ADA. Apa pendapat anda? Kongsi bersama kami.

IKLAN

Tiga Minggu RM16 Juta! Tahniah Abang Long Fadil 2

 

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI