Buat peminat setia program realiti Akademi Fantasia pastinya anda kenal dengan bekas pelajar AF musim pertama, Rosma yang dahulunya sedikit berisi namun kini sudah semakin langsing.

Namun bukan perubahan fizikalnya yang ingin dibicarakan tetapi Rosma telah menerima pelbagai kritikan dan kecaman tentang pakaiannya sewaktu di Konsert Homecoming Akademi Fantasia Megastar Ahad yang lalu.

Penampilannya dengan memakai dress berwarna merah jambu lembut dan dikenakan pula tudung polos membuatkan di kelihatan sangat menawan, namun ada segelintir mata-mata  yang kurang setuju dengan gaya tudung Rosma ketika itu  kerana menampakkan bahagian dadanya sedikit terdedah.

Pelbagai kritikan dan kecaman telah dilemparkan kepada penyanyi ini namun Rosma berkata dia sedikit pun tidak marah atau berkecil hati dengan kritikan yang diterima malah dia bersyukur dengan teguran-teguran tersebut.

‘Tidak Salahkan Mana-Mana Pihak’ – Rosma

“Masa mula-mula saya dapat feedback tentang itu, saya sedikit pun tak ada rasa marah malah saya bersyukur sebab bila orang tegur kita, orang nak kita bukan sahaja baik di dunia malah untuk menjaga saham kita di akhirat nanti,” jelasnya kepada MH Online.

Dia juga berterima kasih kerana sebagai seorang manusia adakalanya terlepas pandang dan tidak perasan kesalahan yang dilakukan.

IKLAN

“Pada saya, saya sangat berterima kasih sebenarnya sebab orang mengingatkan kita sebelum kita terleka di kemudian hari.

 

“Sebagai manusia adakalanya kita terleka bila kita nak cepat tu kadang-kadang kita tak perasan, nak pula first konsert kita excited, nervous semua berkumpul jadi benda tu kita terlepas pandang.

 

“Saya akui kesilapan saya dan tidak salahkan mana-mana pihak. Orang kata kalau dah melakukan kesilapan tak perlulah menegakkan benang yang basah jadi saya sangat berterima kasih kepada mereka yang memberikan teguran,” ujarnya lagi.

‘Tidak Salahkan Mana-Mana Pihak’ – Rosma

Rosma memberitahu lagi, suaminya yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama, Khai turut memberikan kata-kata semangat kepadanya dengan mengatakan setiap teguran yang diberikan oleh netizen itu ada betulnya jadi Rosma perlu lebih peka dengan kesilapan yang pernah dilakukan dan jangan mengulanginya lagi.

Bertanyakan pula mengapa Khai tidak memasuki pertandingan Akademi Fantasia Megastar kali ini dan Rosma menjelaskan bahawa Khai kini hanya fokus dengan pengurusan perniagaan mereka.

Rosma memberitahu jiwa Khai kini lebih tertumpu kepada perniagaan dan bidang nyanyian pula jatuh di tempat kedua.

IKLAN

“Dia memang menyanyi, tapi macam Khai ni dia cakap jiwa dia lebih kepada business dan nyanyi dah jatuh nombor dua,” ujar Rosma lagi.

‘Tidak Salahkan Mana-Mana Pihak’ – Rosma

Rosma bakal bersaing dengan 23 orang bekas pelajar untuk merebut peluang menjadi 12 orang peserta ke peringkat seterusnya.  Rosma berkata dia kini mengambil kelas vokal bersama cikgu Siti Hajar.

“Walaupun kita sudah biasa menyanyi tapi akan ada a few part yang kita salah jadi bila kita jumpa cikgu, cikgu banyak membantu saya bagaimana untuk membetulkan segala kesalahan dalam nyanyian saya,” katanya.

‘Tidak Salahkan Mana-Mana Pihak’ – Rosma

Rosma juga mengatakan dia sangat teruja dengan peluang yang diberikan oleh pihak Astro bagi dia menunjukkan semula kepada semua bakat yang dimiliki.

IKLAN

Beritahunya lagi, dia kini sedang membuat ‘come back’ dengan mengeluarkan sebuah single yang berjudul Sumpah Setia.

Terdahulu, Rosma boleh dikatakan sebagai salah seorang daripada peserta ‘favourite’ dalam AF musim pertama kerana memiliki suara yang lunak dan sering mendapat pujian daripada juri.

Tapi kini setelah 14 tahun berlalu adakah suaranya masih sama seperti dahulu? Rosma bakal bersaing dalam Konsert Homecoming AF Megastar untuk merebut tempat sebagai salah seorang daripada 12 peserta yang layak untuk ke peringkat seterusnya.

‘Tidak Salahkan Mana-Mana Pihak’ – Rosma

Tidak sabar rasanya untuk mendengar nyanyiannya pada konsert yang akan datang. Apapun selamat berjaya diucapkan buat Rosma.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI