Tidak Lagi Bersama Era, Dina Nazir Ganti Posisi Abby Fana Bermula Hari Ini

Share

Selepas tidak lagi bersama stesen radio Sinar FM, posisi yang ditinggalkan oleh penyampai, Abby Fana kini digantikan oleh seorang lagi penyampai berpengalaman, Dina Nazir.

Perkara tersebut diumumkan sendiri menerusi sebuah entri yang dimuat naik menerusi laman Instagram stesen radio berkenaan.

Dina akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi sehingga 3 petang menerusi segmen yang diberi nama Sinar Solo.

“Dina dah jadi sebahagian dari SINAR Dengarkan @dinanadzir di #SINARSolo bermula 10 pagi hingga 3 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Boleh juga dengarkan menerusi aplikasi @syok !,” tulis pengendali akaun tersebut.

Menerusi entri berasingan, Dina yang sebelum ini merupakan penyampai radio Era FM hampir sedekad itu turut memuat naik entri yang sama bagi memaklumkan kepada para peminatnya berhubung pengumuman tersebut.

“Bermula Isnin ini! 10 pagi sampai 3 petang. Isnin-Jumaat ini,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan selamat maju jaya selain turut berharap agar segala urusan Dina sepanjang ditempat baru akan dipermudahkan.

Terdahulu, Sinar FM difahamkan tidak menyambung kontrak Abby Fana berikutan memenuhi amalan biasa dalam pentadbiran setiap organisasi.

Sumber: Instagram Sinar FM & Dina Nazir

IKLAN