Selepas tidak lagi bersama stesen radio Sinar FM, posisi yang ditinggalkan oleh penyampai, Abby Fana kini digantikan oleh seorang lagi penyampai berpengalaman, Dina Nazir.
Perkara tersebut diumumkan sendiri menerusi sebuah entri yang dimuat naik menerusi laman Instagram stesen radio berkenaan.
Dina akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi sehingga 3 petang menerusi segmen yang diberi nama Sinar Solo.
“Dina dah jadi sebahagian dari SINAR Dengarkan @dinanadzir di #SINARSolo bermula 10 pagi hingga 3 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Boleh juga dengarkan menerusi aplikasi @syok !,” tulis pengendali akaun tersebut.
Menerusi entri berasingan, Dina yang sebelum ini merupakan penyampai radio Era FM hampir sedekad itu turut memuat naik entri yang sama bagi memaklumkan kepada para peminatnya berhubung pengumuman tersebut.
“Bermula Isnin ini! 10 pagi sampai 3 petang. Isnin-Jumaat ini,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan selamat maju jaya selain turut berharap agar segala urusan Dina sepanjang ditempat baru akan dipermudahkan.
Ads
Terdahulu, Sinar FM difahamkan tidak menyambung kontrak Abby Fana berikutan memenuhi amalan biasa dalam pentadbiran setiap organisasi.
Sumber: Instagram Sinar FM & Dina Nazir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin akui lega selepas segala urusan untuk membawa anak lelakinya, Adam Aryasenna Notosoemarson untuk menetap di Dubai bersama dia dan suami akhirnya selesai.
Menurut Sasha, urusan tersebut sebenarnya telah tertangguh hampir dua tahun berikutan perintah lockdown di kedua-dua buah negara sebelum ini.
“Sekarang ini saya berada di Malaysia bagi menguruskan dokumentasi anak saya untuk berhijrah ke Dubai. Sebelum ini kami memang merancang untuk bawa dia ke sana tapi pintu sempadan negara pun baru dibuka Oktober lalu.
“Kebetulan semasa saya balik ke Malaysia tahun lalu, negara pula dalam keadaan lockdown. Lantaran itu, segala urusan pendokumentasian jadi agak panjang sebab saya kena berurusan di Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan. Prosesnya agak susah sedikit.
“Bila keadaan dah kembali normal, alhamdulillah semuanya dah selesai. Insyallah Adam akan tinggal bersama kami di sana,” katanya kepada MH.
Bekas anggota kumpulan Elite itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis ulang tahun perkahwinan adiknya, Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang berlangsung di Damansara, baru-baru ini.
Sasha turut menambah, meskipun tidak dapat beraya bersama suami pada tahun ini, namun, dia tetap percaya aturan Allah adalah yang terbaik
“Segala urusan dokumen ini saya buat sendiri sebab saya dah ada pengalaman semasa ingin memohon visa dulu. Memang banyak kerja tapi alang-alang dah balik tu, saya dapat beraya bersama keluarga dan kawan-kawan. Mak saya pun duduk sorang sekarang.
“Saya sudah berada di Malaysia beberapa minggu sebelum raya. Suami tak dapat ikut sebab tak dapat cuti. Mungkin raya tahun depan kami akan balik sekali nanti.
“Sebelum ini, saya beraya di Dubai dan anak beraya di sini disebabkan masih lagi lockdown tapi saya percaya perancangan Allah itu terbaik. Kalau anak ikut saya sekali waktu itu, tiada siapa yang akan menemani mak saya.
“Mak saya ni terlampau strict sampai Zain pun dia tak benarkan untuk balik rumah masa lockdown. Jadi, anak sayalah yang jadi peneman mak saya selama tempoh tersebut,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Sasha turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dia sekeluarga bakal menetap terus di negara Timur Tengah itu buat selamanya.
“Ramai tersalah anggap sebenarnya. Suami saya ni orang Malaysia cuma dia ada darah campuran Arab. Dia bekerja di Timur Tengah dah lama tapi lambat laun kami akan balik ke Malaysia juga. Bila masanya tu kami tak dapat nak pastikan.
“Segalanya bergantung kepada situasi semasa dari segi ekonomi dan pekerjaan. Untuk perancangan ketika ini, kami akan menetap di Dubai,” akhirinya.
Sekadar informasi, Arya merupakan anak hasil perkahwinan keduanya bersama Salyo Priyanto Nutosoemarsono. Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai 2012.
Pada Januari 2020, Sasha telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab yang turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Sasha Saidin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Doktor selebriti, Dr. Say Shazril memaklumkan isterinya Dr. Azura bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan cahaya mata kedua seawal jam 8 pagi esok.
Lalu, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Say memohon doa orang ramai agar segala urusan isterinya dipermudahkan.
Pada masa sama, Say mengkau dirinya berasa sangat gementar meski ini bukan kali pertama dia dan isteri menimang cahaya mata.
“Topik : Bismillahirrahmanirrahim, Moga Dipermudahkan Urusan Bini Esok Kepada yg tak tahu, esok isteri sy bakal melahirkan putera kami yg kedua melalui pembedahan caesar. Yg menariknya bini bakal bersalin di kala kandunganya 38 minggu 3 hari exactly the same waktu kandungan seperti melahirkan Ace dulu.
“InsyaAllah pembedahan bakal dilakukan seawal 8 pagi. Semestinya kami excited untuk menyambut kelahiran anak kedua kami & tipu lah kalau cakap kami tak nervous sebab lupa dah pengalaman handling Ace awal2 dulu.
“Sy tahu mesti ada yg tertanya-tanya “kenapa wife doc ceasar?” & soalan paling banyak sy dapat arini “siapa jage Ace?”. Ahaa memandangkan kerajaan dah bertukar (macam kenal statement ni en), InsyaAllah kami akan reveal semuanya di ig live malam ni jam 9.
“haha takdela rahsia besar sangat sampai nak reveal2 tapi daripada reply satu2 senang kami cerita live kepada yg ingin tahun. Jadi jangan lupa pukul 9 malam ni kita “Sembang Sebelum Anak Nombor 2 Datang”. Doakan agar perjalanan bini sy dimudahkan esok ye peeps? Thank uuu!,” tulisnya panjang lebar.
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...