Bekas penyanyi Datin Seri Syella Kamaruddin, 33, mengakui dia kini sudah tidak lagi aktif dalam seni memandangkan dia hanya mahu fokus dalam bidang perniagaan kuih keria gula Melaka yang diusahakan sejak sekian lama.

Meski tidak menafikan dirinya masih menerima tawaran termasuk merakam single baru, namun penyanyi yang sinonim menerusi lagu Menangis Dalam Hujan terpaksa menolaknya dengan cara baik.

Lama tidak bertemu pihak media, Syella kekal ceria dan rancak bercerita seperti dulu.

Tidak Lagi Berminat Dalam Seni, Ini Penampilan Terkini Datin Seri Syella Kamaruddin

“Saya terpaksa tolak cara baik memandangkan saya kini sedang giat untuk bangunkan bisnes kuih keria yang diusahakan bersama keluarga. Malah ada perancangan untuk eksport ke luar juga, insyaAllah,” katanya kepada MH.

IKLAN

Syella yang sedia dikenali sebagai antara selebriti yang gemar memasak dan berniaga sejak dulu mengakui dia tidak kisah untuk bermula daripada dalam merencanakan perjalanan niaga kuih kerianya itu.

“Kalau sesiapa yang mengenali, saya memang tidak kisah berniaga tepi jalan cuma suami ada minta saya membuka kedai yang lebih selesa dan pada sama sama boleh kembangkan bisnes.

“Saya tidak minta modal daripada suami untuk memulakan bisnes Keria Cik Syella Gebu Gebas, sebab memang sejak awal saya dan keluarga gemar berniaga, khasnya makanan dan kuih muih.

IKLAN

“Setakat ini kalau nak diikutkan sehari saya perlu menyediakan 5,000 biji keria dan akibat pertambahan tempahan, ia antara sebab mengapa saya bercadang buka kilang,” kongsi Syella

Ditanya mengenai kehidupannya kini, Syella memberitahu dia dan suami masih bahagia seperti dahulu, meski tidak terlalu mendedahkan kisah peribadinya.

“Masih bahagia. Tak pernah gaduh meski ada yang buat cerita macam-macam. Mereka di luar sana tak tahu hal sebenar sebab saya memang tidak berapa gemar untuk berkongsi.

IKLAN

“Misalnya masa awal berkahwin dulu, kalau saya bercerita belum tentu orang percaya. Saya hanya cakap jujur. Tapi akhirnya, kebenaran itu terbukti. Saya tak kisah, memang lebih selesa begini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.

“Alhamdulillah, kami ada seorang anak berusia enam tahun. Adam namanya,” katanya ceria.

Terdahulu, Syella ditemui pada majlis pelancaran DTC Motors Sdn Bhd. Turut sama hadir memeriahkan sesi tersebut ialah seperti Saharul Ridzwan, kumpulan NICO, Syamel dan ramai lagi.

Sekitar 2011, majlis perkahwinan penyanyi berkenaan mencetuskan sensasi apabila dia  identiti suaminya tidak didedahkan. Malah difahamkan Syella turut bersanding seorang diri dalam majlis.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI