Ads

“Tidak Dijangka,” – Belum Pun 2 Hari Di Muat Naik, Muzik Video Temberang Dari Ayda Jebat Kini Trending Nombor 1 Di YouTube!

Kurang 24 jam dilancarkan, klip video lagu terbaru dari Ayda Jebat, Temberang berjaya menduduki tangga pertama carta kini di Youtube Malaysia.

Jelas Ayda, pencapaian tersebut disifatkan sebagai sebagai sesuatu yang tidak dijangka.

“Alhamdulillah, saya berasa tidak dijangka tetapi senang apabila melihat video Temberang menduduki carta teratas di Youtube walaupun tidak sampai dua hari ia dilancarkan.

Ads

“Mudah-mudahan, lagu ini boleh diterima dan mendapat tempat di hati semua orang,” katanya lagi.

Ketika artikel ini ditulis, klip video arahan Aaron Lee itu telah meraih sebanyak 364,0000 tontonan, termasuk 18 ribu tanda suka.

Ads

Rata-rata memberikan maklum balas positif terhadap lagu ciptaan Ezra Kong, Hael Husaini dan Ayda Jebat itu memandangkan melodi dan liriknya yang mudah diingati.

Ads

Sementara itu, versi digital Temberang akan dilancarkan secara rasmi di platform digital pada 28 Disember depan.

Foto: Instagram Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zubir Khan

Zubir Khan Kini Suami Dr. Heama Maleini Dengan Sekali Lafaz, Momen...

Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...